Ada yang berani cabar kerusi Presiden PAS untuk pemilihan akan datang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 04, 2011

Ada yang berani cabar kerusi Presiden PAS untuk pemilihan akan datang?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua. - Hrkh.
Ust Tuan Ibrahim pulak dilaporkan berkata:
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.

"Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya yang juga dilihat dari kelompok ulama, dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS. - Hrkh.
Sementara tu Malaysiakini melaporkan Dr. Haron Din berkata:
Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari ini.

"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.

Haron antara yang paling ke depan dan terbuka meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.
Sekadar satu pertanyaan...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...