Pemimpin DAP cina khianat pemimpin DAP melayu di Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 27, 2011

Pemimpin DAP cina khianat pemimpin DAP melayu di Perak


Kemarin dulu, SinarHarian melaporkan:
MEDAN ISTANA – “DAP tidak akan meletakkan calon Melayu di negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, demikian menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham kepada kami pada mesyuarat parti, baru-baru ini,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.

Menurutnya, DAP dan PKR bersetuju mengekalkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kembali.

“Isu itu ditimbulkan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengelirukan rakyat dan memberi prasangka buruk kepada PR. Beliau hanya menyebarkan kenyataan yang tidak betul untuk membuktikan kepada rakyat bahawa DAP ingin berkuasa di Perak,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Pas Negeri di sini, semalam. - SH
Aku tak berapa nak yakin sangat bila baca berita tu pasai yang buat kenyataan tu Ust Bakar, pesuruhjaya PAS Perak. Tapi bila fikir balik, takkan PAS berani nak sebut macam tu kalau DAP sendiri yang bagitau macam tu.

Isu ni berpunca bila Zahid Hamidi perasan bijak buat kenyataan yang DAP merancang nakkan kerusi MB kalau PR menang semula Perak PRU13 nanti.

Semalam, Bernama mengesahkan apa yang Ust Bakar kata tu. Bernama melaporkan:
IPOH, 26 Mei (Bernama) -- DAP Perak sedang meminggirkan pemimpin Melayu dalam parti itu dengan mengalihkan sokongan mereka kepada calon PAS, menurut seorang pemimpin MCA hari Khamis.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausaha parti negeri Nga Kor Ming akan melakukan apa jua untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam parti itu.

"DAP Perak mengamal sikap khianat kerana mereka sudah menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Tindakan tidak munasabah itu membuktikan kedudukan pemimpin Melayu dalam DAP hanya sebagai hiasan luar sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari Khamis.

Pada Selasa lalu, setiausa agung DAP Lim Guan Eng berkata mesyuarat jawatan eksekutif parti pusat bersetuju mengesahkan pendirian DAP Perak untuk menyokong pelantikan semula Mohammad Nizar sebagai menteri besar. - Bernama.
Bukan setakat DAP Perak yang nak macam tu tapi DAP Pusat pun dah sahkan keputusan  tu.

Nampak gayanya Zahid dah takdak benda dah nak kata kut. Pasai tu la MCA pulak tampil membantu. Kalau sebelum ni Zahid nak timbulkan kegusaran orang melayu. Kali ni MCA ambil kesempatan nak cuba bagi orang cina pulak marah.

Macam tu la kerja buat parti-parti komponen BN selama ni, kerja depa nak pecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia supaya senang depa kusai.

Dekat orang melayu Umno kata macam ni, dekat orang cina pulak MCA kata macam tu, dekat orang india MIC cakap macam lain pulak. Depa bukan peduli pun kalau apa yang depa cakap tu boleh timbulkan prasangka antara kaum. Yang depa pentingkan cuma sokongan untuk parti depa dan dalam masa yang sama kepada BN.

Lepas tu depa dok bising perpaduan rakyat Malaysia masih tak utuh walaupun dah lebih 50 tahun merdeka. Nak jadi perpaduan macamana kalau selama ni parti-parti komponen BN sendiri yang main isu perkauman.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...