GEORGE TOWN, 22 Mei (Bernama) -- Ketua pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan pemimpin pergerakan Pemuda Umno di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran pemilih di kalangan anggota parti ekoran masih terdapat kira-kira 120,000 anggotanya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.Betui ka sampai 120,000 ahli pemuda Umno belum mendaftar sebagai pengundi. Besar sangat kut angka tu. Dengan angka 120,000 tu kalau dibahagi secara purata, setiap kawasan parlimen boleh dapat hampir 500 pengundi maknanya banyak kawasan yang kelabu boleh jadi putih kalau depa semua mendaftar.
Katanya anggota parti yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap sebagai melakukan satu "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata jika anggota parti itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.
"Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini merupakan satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Tanjong di sini Ahad.
Beliau berkata setakat ini pergerakan Pemuda Umno mempunyai 600,000 anggota dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.
Khairy berkata setakat ini Pemuda Umno negeri Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih. - Bernama.
Kalau betul angka tu, tu menunjukkan yang Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno, telah gagal jalankan tanggungjawab dia. Macamana dia sebagai Ketua Pemuda tak boleh selesaikan masalah yang cukup besar tu yang dia sendiri kata merugikan parti.
Yang aku mushkilnya, takkan kut Khairy saja-saja nak buka kelemahan Pemuda Umno ni. Takkan dia saja-saja nak jatuhkan kredibiliti dia sebagai ketua Pemuda Umno. Takkan Khairy sebodoh tu.
Aku tak berapa nak yakin sebenarnya dengan statement Khairy ni. Aku rasa kenyataan dia kali ni macam ada udang sebalik batu.
Mungkinkah kenyataan dia kali ni adalah sebahagian dari Grand Design pandy kutty untuk projek gelombang merah dengan cara tambah pengundi baru. Mungkinkah kenyataan tu bertujuan untuk mengaburi mata Pakatan Rakyat.
Dengar ceritanya, gelombang merah Umno ni dibawah tanggungjawab Idris Jusuh yang berjaya dengan Gelombang Biru menumbangkan kerajaan PAS Terengganu tahuun 2004 dulu. Tak mustahil depa main kotor jugak macam di Terengganu dulu.
Dengan kenyataan tu, Pakatan Rakyat tak berapa nak heran kalau dalam suku ke-3 tahun 2011 ni pertambahan pengundi baru naik mendadak gila babi. Depa nak kita percaya yang pertambahan mendadak gila babi tu memang munasabah pasai ahli Pemuda Umno yang belum mendaftar pun dah 120,000 orang.
Apa pun, tak kira kebimbangan aku ni betul atau tak, jentera pakatan Rakyat kena gunakan kesempatan dalam sebulan lebih sikit ni sebelum berakhir bulan Jun untuk daftarkan seramai mungkin pengundi baru Pakatan Rakyat.
Dan yang lebih penting lagi, masa tempoh semakan dan bantahan dalam bulan Julai nanti kita kena semak betul-betul dan buat bantahan kalau nampak macam ada gerakan yang mencurigakan dengan rang daftar pemilih tambahan kali ni.
Kalau gelombang merah berjaya sebab kita tak betul-betul buat kerja, jagan pulak nanti bila ada yang belasah selepas tu, kita naik angin pulak
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis