Taib Mahmud cuma akan berundur bila dia rasa nak berundur | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 17, 2011

Taib Mahmud cuma akan berundur bila dia rasa nak berundur

Malaysiakini melaporkan: 
Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya. - Mkini.
Kalau betul Taib Mahmud akan berundur sekitar "pertengahan penggal ini" maksudnya dia akan berundur dalam dua setengah tahun lagi.
Tu pun kalau dia berjaya "membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak." Kalau dia tak berjaya mungkin dia lanjutkan lagi sampai habih penggal ni.

Kalau dah 10 tahun dia tak berjaya takkan kut dalam masa 2 tahun setengah dia boleh berjaya. Tambahan pulak dalam masa 10 tahun tu sokongan kepada BN di Sarawak sangat-sangat mantab sampai dibahasakan sebagai "simpanan tetap BN" sedangkan penggal kali ni dimulakan dengan sokongan kepada BN merosot teruk.

Masa PRN 2006 BN ada undi popular sebanyak 63% tapi PRN 2011 kali ni undi popular BN cuma tinggal 55%, merosot 8%.

Dalam keadaan undi BN yang merosot 8% tu, Taib Mahmud dan parti dia PBB masih boleh berdiri gagah. Kesemua calon PBB yang bertanding kali ni menang. Maknanya Taib Mahmud berada dalam keadaan yang cukup-cukup selesa.

Dengan keadaan sekarang, Taib Mahmud boleh pilih masa yang dia rasa sesuai untuk bersara dan BN tak boleh nak kata apa. Dan aku rasa, Taib Mahmud langsung tak heran dengan desakan rakyat Sarawak supaya dia berundur pasai dia tau lebih ramai lagi yang tak kisah kalau dia terus jadi Ketua Menteri Sarawak.

Aku rasa majoriti rakyat Sarawak tak heran pun kalau Taib Mahmud kata:
"Saya akan pastikan tempoh setengah penggal ni untuk mengaut semaksima mungkin harta kekayaan negeri untuk saya dan kroni saya dan saya akan pastikan pengganti saya tidak akan menyusahkan saya dan kroni saya selepas saya bersara nanti."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...