Suasana penamaan calon di Muara Tuang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 06, 2011

Suasana penamaan calon di Muara Tuang

Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional.

PAS meletakkan calon muslimatnya, Noraini yang merupakan calon tempatan di DUN Muara Tualang manakala BN meletakkan adik kepada Bekas Ketua Menterinya Sarawak, Ali Mahmud.

Pimpinan PAS yang hadir mengiringi calon PAS termasuklah Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak,  Hj Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak dan Terengganu
 
PAS membuat bantahan ke atas borang pencalonan calon BN Datuk Seri Muahamd Ali Mahmud, adik kepada Taib Mahmud. PAS membantah pencalonan BN kerana kesilapan mengisi borang dan berkaitan penyata perbelanjaan pilihanraya yang lalu.



Sumber imej : BuletinOnline dan Kijang59

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...