Pada aku pengkomen yang tak letak nama ni aku bahagi kepada 2 jenis.
Yang pertama jenis yang aku gelar geng BANGANG.
Jenis ni yang suka komen tapi langsung takmau tanggungjawab dengan apa yang depa komen. Dengan guna anonymous depa tulis komen apa saja yang depa suka tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa tanggungjawab.
Yang kedua jenis yang aku gelar geng bangang totok.
Jenis ni memang jenis bangang IT. Dah la bangang IT, berlajar pulak takmau, nak buat try and error pun takut. Bila dah reti kaedah komen anonymous terus guna kaedah BANGANG tu.
Bukan payah sangat pun nak kalau setakat nak bubuh nama pun. Tambah-tambah blog aku ni yang masih open untuk unregistered pengkomen. Securitiy code pun aku disable pasai nak memudahkan hangpa yang agak bangang untuk mengomen.
Aku bukan peduli sangat pun nama apa hangpa nak bubuh, janji ada nama. Senang aku nak komen balas. Orang nak komen maki hangpa balik pun senang. Hangpa nak maki balik orang yang maki hangpa pun senang.
Bagi yang jenis BANGANG 2, yang betul-betul buta IT tahap gelap gulita tak nampak apa-apa, yang takdak apa ID segala, kat bawah ni aku buat tutorial bergambar macamana nak bubuh mana masa nak komen.
1. Tulis la apa apa komen pun macam imej kat bawah ni.
2. Klik pada "Select profile" kemudian pilih "Name/URL". Jangan pulak pilih "Anonymous", kalau pilih yang tu hangpa memang BANGANG.
3. Kemudian akan keluar "form" macam kat bawah ni.
4. Isi la nama pilihan hangpa kat ruangan yang disediakan. Nama apa ikut suka hangpa, jangan guna nama ID aku sudah laa. Untuk ruang "URL" tu tak payah kalut nak isi, hangpa bukan ada blog ka apa?
5. Kemudian akan keluar macam imej bawah ni dengan nama pilihan hangpa dah masuk dan dah ready untuk post. Kalau nak ubah komen yang hangpa dah tulis tu pun boleh lagi. Kalau dah puas hati boleh klik "Post Comment".
6. Komen hangpa akan terus diterbitkan. (Selagi aku tak tapis komen la. Kalau aku buat keputusan nak tapis, selagi aku tak luluskan tak keluar la komen hangpa.)
Senang ja kan? Takkan langkah step-by-step mudah macam ni pun tak reti nak buat. Kalau tak reti jugak memang sah la BANGANG!!!
Kalau dah memang BANGANG tolong la jangan komen kat blog aku ni, nanti kalau ada yang kata hangpa BANGANG hangpa terasa hati pulak.
Sumber imej bangang: sweetestmemories
Update:
Ada yang komen kata aku tersangatlah lebih bangang dari segala bangang pasai buka ruang untuk bagi komen Anonymous. Dia komen "Bukankah ko ada pilihan tidak memaparkan ruang anon wahai si bagang dari segala bangang?
Jawapan aku untuk si BANGANG tu:
Memang aku ada pilihan tapi pilihan yang aku nak google tak sediakan. Blogger cuma bagi pilihan:
- Anyone - includes Anonymous Users
- Registered Users - includes OpenID
- Users with Google Accounts
- Only members of this blog
Kalau Blogger bagi lagi satu pilihan "Anyone - exclude Anonymous Users' atau yang sewaktu dengannya, tentu aku pilih.
Paham kot no? BANGANG!!!
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis