Cengkeram dah ambik, nak buat macamana... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 24, 2011

Cengkeram dah ambik, nak buat macamana...

Malaysiakin melaporkan: 
Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.
 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah. - Mkini
Sungguh-sungguh Maximus Ongkili nak yakinkan rakyat yang logi tu tak bahaya. Siap bagitau takrif berdasarkan piawai IAEA lagi.
Siap bagitau yang logi tu bukan macam Loji Asian Rare Earth (ARE) milik Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh yang katanya menyebabkan 6 orang kena lukimia sebelum diarahkan tutup.

Yang menambahkan kita mushkilnya, pasai apa pulak perlu bagi pelepasan cukai, sampai 12 tahun pulak tu. Dah la logi tu memang tinggi risiko, patutnya kerajaan kenakan bon jaminan tapi jadi terpaling hanjap pulak, cukai pun tak mau kutip.

Sebenarnya, kerajaan bersungguh-sungguh nak jugak bina logi tu bukan pasai apa. Sebabnya aku yakin semenjak dua menjak ni, pelaburan asing ke Pahang sangat rendah. Kalau tak percaya hanpa boleh semak.

Pasai tu la Pahang sanggup terima logi yang tempat lain takmau terima. Pasai tu la sampai sanggup bagi pelepasan cukai sampai 12 tahun.

Bila tengok angka pelaburan asing, ada la pertambahan RM700juta. Pasai tu ja sebenarnya. Kalau betui pasai nak tambah peluang pekerjaan, berapa sangat peluang pekerjaan kat logi tu. Pulak tu, sanggup kerajaan biar rakyat Pahang kerja kat tempat yang berisiko tinggi macam tu.

Lagi satu, cuba semak betul-betul Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, tentu punya ada kroni kat belakang syarikat tu. Depa bukan peduli dengan nasib rakyat, lagi pun, lagi pun mungkin lepas ni Pahang orang lain pulak perintah. Selagi boleh kaut, takkan puak-puak bermazhab Umno ni nak biar.

Lagi pun, bangunan dah mula buat dah pun, tentu punya paling kurang cengkeram dah dapat. Kalau berenti projek tu sapa nak bayar balik?

Sumber imej: FMT
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...