Lagi aksi mengancam 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 03, 2011

Lagi aksi mengancam 'si anjing Umno'


Harakahdaily melaporkan:
Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.

Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang. - Hrkh

Macam yang biasa aku tulis sebelum-sebelum ni, kali ni SPR dan JPN berganding bahu bekerjasama melakukan aksi 'si anjing Umno".

Mungkin ramai yang tak percaya. Takkan kut depa, sebagai kakitangan kerajaan sanggup  depa buat sampai macam tu. Takkan kut depa sampai sanggup 'jual' negara sampai macam ni. Kalau tengok selogan-selogan yang Umno BN dok selama ni, terutama sekali selogan "1Malaysia" tak logik langsung depa sanggup buat lagu tu. Takkan selogan tu cuma sekadar selogan dan realitinya depa guna pendekatan "1Malaysia bersama Thailand".

Tapi bila diingatkan balik sejarah dulu yang tak lama mana pun, memang kes yang sebijik macam ni depa biasa buat di Sabah. Mula-mula depa macam nak sembunyikan tapi pasai marah kat Jeffery Kitingan yang 'belot' dia ditangkap di bawah ISA pasai kes bagi kerakyatan kepada orang Filipina. Memang sebijik kaedah dia, mula-mula bagi kad pengenalan, kemudian daftarkan depa sebagai pengundi.

Pasai tu lah, realitinya, rakyat Malaysia memang tak patut langsung terkejut. Puak-puak 'si anjing Umno' ni sanggup buat apa saja untuk pastikan tuan depa menang dan yang lawan dengan tuan depa akan kalah. Depa bukan peduli walaupun orang PAS kata tindakan depa tu macam depa juai negara.

Aku rasa, aksi ni bukan saja setakat untuk kawasan di Kelantan saja. Tak mustahil aksi ni jugak depa buat di Kedah. Takkan kut Umno Kedah taktau apa yang Umno kelantan buat dengan kerjasama SPR dan JPN 'si anjing Umno'.

Takkan di Kedah takdak orang SPR dan JPN yang bermazhab Umno yang sanggup jadi 'anjing Umno'. Takkan kut Umno Kedah sanggup nak jadi pembangkang selamanya. Takkan kut depa tak teringin nak buat dosa melalui rasuah dan salahguna kuasa yang menjanjikan pendapatan berjuta-juta.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...