Rentetan proses pengundian di PRK Tenang sehingga pukul 2 petang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 30, 2011

Rentetan proses pengundian di PRK Tenang sehingga pukul 2 petang

8:00 : Langsung proses pengundian PRK N.05 Tenang  

8:01 : Sejumlah 14,554 pengundi di Dun Tenang akan menunaikan tanggungjawab hari ini.

8:04 : Hujan lebat di Labis sejak awal pagi. Cuaca diramalkan mendung di sebelah pagi manakala hujan di sebelah petang.

8:18 : Jalan utama Pekan Labis - Kampung Tenang - Chemplak - Bandar Labis kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

8:18 : Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.

8:34 : Pekan Tenang masih tenang, keadaan jalan raya juga masih lengang, tidak seperti hari mengundi PRK lain sebelum ini.

8:44 : Jumlah pengundi mengikut komposisi kaum ialah 47.7 peratus pengundi Melayu, Cina 39.08 peratus dan India 12.07 peratus.

8:44 : PAS diwakili Normala Sudirman manakala BN diwakili Mohd Azahar Ibrahim.

8:47 : Peti undi telah dibuka jam 8.00 pagi tadi. Pengundi keluar perlahan ekoran keadaan hujan renyai-renyai.

8:51 : Di Sekolah Kebangsaan Tenang, kelihatan penyokong kedua-dua parti tetap merayu undi di sepanjang jalan ke pusat pengundian meskipun dalam keadaan hujan lebat.

9:08 : Di Sek Keb Kamarul Ariffin, Labis, hanya sebilangan kecil perayu undi dari kedua-dua pihak berada di sini. Mereka masing-masing berpayung dan berbaju hujan.

9:15 : Calon PAS, Cikgu Mala sudah mula bergerak melawat ke UPU Kampung Redung, Pusat Mengundi di SK Kampung Tenang.

9:27 : Dari UPU Kampung Redong, 50 peratus pengundi sudah keluar mengundi. Tiada sebarang provokasi dilaporkan berlaku.

9:29 : Antara pengundi yang tetap keluar untuk menunaikan tanggungjawab walaupun dalam cuaca hujan.

9:33 : Perayu undi yang berada di bahu jalan mula bertambah.

9:35 : Di Sek Keb LKTP Kemelah, ramai perayu undi di sini. Sek Keb LKTP Kemelah merupakan tempat calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala mendapat mendidikan awal dan kemudiannya kembali mengajar di sini selepas tamat belajar di Maktab Perguruan Bainun.

9:35 :

9:40 : Salah seorang pengundi kaum Cina di SMK Kamarul Ariffin

9:41 : Di SK Pekan Air Panas, dua saluran mengundi dibuka. Mengiringi Cikgu Mala, suaminya dan pimpinan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah Mahmud.

9:47 : Suasana mengundi di Sek Keb LKTP Kemelah

9:50 : Calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala dijangka tiba di Sek Keb LKTP Tenang bila-bila masa.

9:53 :

9:53 : Calon PAS dijangka tiba di SMK Kamarul Ariffin jam 10.15 pagi.

9:54 :

9:58 : Petugas SPR membantu pengundi warga emas.

9:59 : Di SK LKTP Chemplak - Lebih 100 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Keadaan hujan lebat tidak menghalang pengundi keluar awal.

10:00 :

10:03 : Peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

10:19 : Kebanyakan pengundi Orang Asli keluar mengundi dengan memakai baju bewarna oren bercetak logo 1Malaysia.

10:20 :

10:20 : Hujan semakin lebat di Labis, bagaimanapun tidak menghalang penyokong merayu undi di sepanjang jalan menuju pusat-pusat mengundi.

10:22 : Pengundi masih bertali arus keluar ke pusat pengundian walaupun dalam keadaan hujan semakin lebat.

10:26 : Cikgu Mala tiba di Sek Keb LKTP Tenang. Beliau disambut laungan takbir penyokong yang merayu undi.

10:26 :

10:26 : Beliau kini membuat lawatan ke semua saluran disini dan bertemu petugas SPR dan pengundi.

10:28 : Difahamkan beberapa tempat di sini mula dinaiki air.

10:29 : Cikgu Mala ketika ditemui Harakahdaily di sini berkata, beliau yakin pengundi tetap akan keluar mengundi walaupun cuaca hujan lebat hari ini.

10:30 : Saya yakin pengundi akan tetap keluar mengundi walau apa cuaca sekalipun demi memilih calon terbaik mewakili mereka ke Dun Johor.

10:32 : Difahamkan penduduk kampung Lembah Bakti, Labis mula dipindahkan ekoran banjir.

10:42 : Di SMK Kamarul Ariffin - Pengundi Melayu kurang keluar mengundi, rumah banyak ditenggalami air hujan. Saluran 2 telah ramai keluar mengundi.

10:43 : Mudah mudahan hujan ini adalah bantuan Allah SWT, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh. Beliau ditemui semasa mengiri calon melawat pusat pengundian Sek Keb LKPT Tenang.

10:46 : Calon PAS, Cikgu Mala kini bergerak menuju ke Sek Men Kamarul Ariffin.

10:47 : Beliau ditemani suami, Makrof Abd Mutalib, Ustazah Nuridah Saleh, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah.

10:53 :

11:04 : Saya lihat proses pengundian lancar, saya ucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan dan SPR, kata Cikgu Mala.

11:06 : Sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi.

11:08 : Lalu lintas di salah sebuah pusat pengundian semakin sesak.

11:29 : Calon PAS, Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin kira-kira jam 11 pagi.

11:30 : Normala sempat menyantuni petugas-petugas SPR dan pengundi-pengundi di situ.

11:30 : Faktor cuaca iaitu hujan lebat ternyata tidak menghalang pengundi untuk keluar mengundi, katanya kepada pemberita.

11:31 : Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11:35 : Cikgu Mala ketika tiba di SMK Kamarul Ariffin

11:39 : Cikgu Mala bertanya suasana mengundi kepada pegawai SPR di SMK Kamarul Ariffin

11:43 : Cikgu Mala bersama pengundi Cina di SMK Kamarul Ariffin

11:44 : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.

11:44 :

11:51 :

12:11 : Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti.

12:11 : SPR menjangkakan proses membuang undi tetap akan lancar kerana kawasan dilanda banjir hanya melibatkan kampung penduduk dan bukan pusat mengundi.

12:13 : Pakatan Rakyat mendakwa SPR berkemungkinan melanjutkan tempoh pengundian sehingga jam 7 petang ini.

12:15 : 4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk ke pekan Air Panas bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.

12:19 : Perayu undi dan petugas parti dilihat sedang berkejar mengalihkan kenderaan yang diletak di sepanjang jalan di kampung Air Panas ekoran air mula melimpah.

12:20 : Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan.

12:22 : Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir.

12:35 : Bot Pertahanan Awam Malaysia dibawa masuk ke Air Panas.

12:40 : Sehingga jam 12 tengah hari tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 48.93 peratus atau 7,219 pengundi keluar mengundi.

12:54 : Beberapa buah kereta mati dan terpaksa ditolak ekoran melalui jalan yang dinaiki air di kawasan SMK Kamarul Ariffin.

12:55 :

12:55 : Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air.

1:03 :

1:05 : Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

1:09 : Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus.

1:19 : Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.

1:26 : Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR

1:36 : SK Kampung Tenang - Dilaporkan 6 buah trak polis dan jip tanpa stiker SPR memasuki pusat pembungan undi. Tujuan tidak diketahui.

1:41 : Cikgu Mala sekarang menuju ke SMK Tenang. Beberapa jalan dilalui sudah di dinaiki air dan kenderaan bergerak perlahan.

1:51 : Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut

Disunting oleh Cenangau dari Harakahdaily



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...