PRK Tenang - PAS mencipta sejarah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 18, 2011

PRK Tenang - PAS mencipta sejarah

PAS dah pun mengumumkan calonnya untuk PRK N05 Tenang. TG Haji Hadi dah mengumumkan nama calon masa ceramah khas yang diadakan di Tenang pada 16 Januari lepas.

Macam yang ramai teka, kali ni PAS mencipta sejarah bila menamakan calon dari kalangan muslimat untuk jadi calon pilihanraya kecil. Sebelum-sebelum ni PAS tak pernah letak calon dari kalangan muslimat jadi calon untuk PRK.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis. Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.



Sumber gambar dan video : Laman web rasmi PRK Tenang


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...