PAS sebenarnya tak mampu menghalang ahli mengkritik pimpinan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 19, 2011

PAS sebenarnya tak mampu menghalang ahli mengkritik pimpinan

PAS nampaknya terpaksa mengakui hakikat yang ujud hari ni, dengan kepesatan perkembangan media baru, PAS tak mampu lagi mengharapkan ahli-ahli PAS untuk kekal dengan cara lama PAS yang cukup popular dengan istilah wala' dan thiqah.    

Wala' dan thiqah sebenarnya bukan benda yang boleh diminta-minta. Wala' dan thiqah adalah satu anugerah kepada pimpinan kesan keperibadian dan kepimpinan yang ditonjolkan selama ini. Aura pemimpin tu sendiri yang akan membuahkan wala' dan thiqah dikalangan ahli dengan pimpinan.

Malangnya, istilah wala' dan thiqah dijaja oleh sekelompok pimpinan PAS sehingga seolah-olah pimpinan PAS ma'sum dan seolah-olah pimpinan PAS dapat "petunjuk" dari tuhan ke atas semua tindak tanduk mereka. Ahli parti seolah-olah dipaksa untuk menurut apasaja keputusan yang dibuat oleh pimpinan dengan alasan pimpinan sentiasa bertahajjud di waktu malam dan melakukan solat hajat sebelum buat keputusan.

Memanglah secara idealnya, ahli parti perlu gunakan saluran parti untuk mengkritik pimpinan. Kritikan secara terbuka boleh menjatuhkan imej parti. Masalahnya, saluran parti tu sendiri selalunya kurang praktikal. Mana mungkin seorang ahli biasa boleh menegur pimpinan tertinggi parti jika gunakan saluran parti.

Dengan kecanggihan media baru yang ada sekarang membolehkan ahli PAS walaupun sekadar ahli biasa, berkemampuan untuk mengkritik sehingga kepimpinan tertinggi dan kritikan tu jika kena caranya akan sampai juga ke telinga pimpinan tertinggi berkenaan.

PAs sebenarnya tidak mampu untuk menghalang ahli dari mengkritik pimpinan terutamanya melalui media baru. Jadinya, mau atau tidak, PAS terpaksa menerima realiti yang ada seadanya agar tak dilihat terlalu autokratik.

Harakahdaily melaporkan:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat. - Hrkh
Satu muqaddimah yang cukup cantik dari Ketua Penerangan PAS. Artikel tu jugak ditutup dengan penutup yang cukup baik.
Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.

Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar. - Hrkh
PAS perlu menerima hakikat yang tidak semua ulama' boleh memimpin dan dalam masa yang sama sebenarnya semua ahli PAS amat berasa bangga jika PAS dipimpin oleh ulama' yang benar-benar boleh memimpin.

Sumber pic: sinchancartoon

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...