Nampak gayanya, usaha yang tinggal sekarang ni cuma ubah Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Tu pun tak tentu lagi boleh berjaya.
Masalah yang pertama, nak pinda perlembagaan katanya nak kena ada sokongan 2/3 Dewan. Definasi 2/3 dewan pun tak berapa jelas. 2/3 yang ada dalam dewan menyokong ataupun 2/3 ahli dewan menyokong. PR cuma ada 35 Adun dan untuk dapat 2/3 kena ada 38 Adun sokong. Noh Omar dah pun buat kenyataan yang Umno takkan sokong.
Lagi satu, masalahnya dengan undang-undang negeri dan persekutuan. Kalau ada apa-apa yang bercanggah antara negeri dan persekutuan, yang negeri akan automatik terbatal. Nak kira bercanggah atau tak bercanggah, nak kena ada penafsiran.
Masalahnya, tafsiran sapa yang paling berkuasa. Kalau takat pensyarah undang-undang macam Dr. Aziz Bari kata tak batal, tak jadi apa. Paling habih pun boleh bawak ke mahkamah.
Sejarah kes 'krisis perlembagaan Perak' sangat-sangat jelas. Akhir sekali yang paling penting apa pentafsiran Umno. Yang-lain nak atau tak 'terpaksa' mengikut.
Dan akhirnya, aku yakin (walaupun bukan yang aku harapkan,) Khalid Ibrahim akan terpaksa angkat bendera putih, menerima jugak Kushrin jadi SUK Selangor.
Berita harian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk melantik pegawai perkhidmatan awam divisyen tinggi, kerana kuasa eksekutif itu tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata seorang penganalisis politik tempatan.
Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), berkata ia berlainan bagi SPN di bawah negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah) pula, kerana badan tersebut mempunyai kuasa untuk melantik tiga jawatan tinggi iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, seharusnya lebih peka mengenai perkara ini dan berhenti mempersoalkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru seperti diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini.
"Cubaan beliau untuk mempersoalkan pelantikan tersebut dilihat satu usaha yang sia-sia kerana hak eksekutif untuk melantik pegawai divisyen tinggi masih tertakluk kepada kerajaan Persekutuan sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya hari ini.
Mengulas hasrat Abdul Khalid untuk mengadakan sidang tergempar bagi meminda perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, bagi membolehkan kerajaan PKR negeri mempunyai kuasa untuk melantik jawatan tersebut, Ahmad Atory menegaskan pemindaan tersebut hanya akan mengakibatkan krisis undang-undang yang lebih teruk.
Ahmad Atory berkata, mengikut perkara Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri, sebarang usaha untuk meminda perlembagaan negeri akan terbatal dengan sendirinya jika ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. - BHarian
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis