Akan berjayakah usaha Khalid Ibrahim ubah perlembagaan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 06, 2011

Akan berjayakah usaha Khalid Ibrahim ubah perlembagaan?

Nampak gayanya MB Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor berusaha bersungguh-sungguh dalam isu Khusrin. Jalan yang tinggal cuma dengan pinda perlembagaan negeri. Untuk tu Selangor akan gunakan khidmat 2 pakar perlembagaan yang paling terkenal dalam Malaysia.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Jan – Pakar undang-undang dan hak asasi manusia terkemuka Datuk Param Cumaraswamy dan ahli akademik Prof Dr A Aziz Baru dilantik untuk memberi nasihat perundangan dalam soal pindaan perlembagaan negeri Selangor.
Aziz juga terkenal sebagai pakar perlembagaan yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mengumumkan pelantikan mereka hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diminta melihat cadangan pindaan yang hendak dibawa oleh kerajaan negeri ekoran pertikaian yang wujud dalam soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Berjaya atau tidak usaha nak ubah perlembagaan tu kita sama-sama tengok hasilnya nanti. Tapi yang paling pentingnya, ada usaha bersungguh-sungguh nak pastikan usaha tu berjaya.

Memang patut sangatlah 2 orang pakar tu dipilih sebagai penasihat. Kalau atas nasihat 2 orang ni pun usaha tu tak berjaya, maknanya memang sah usaha tu memang tak boleh berjaya.

Apa pun, aku yakin usaha tu takkan berjaya. Pasainya, kuasa untuk mentafsit perlembagaan ada pada Umno pasai Umno yang pegang kuasa, termasuklah kuasa hakim. Kalau ada perintah dari Umno, hakin pun terpaksa tunduk. Pasainya, depa tentu akan gunakan hakim yang tak teragak-agak untuk tunduk walau apa pun arahan Umno.

Walaupun aku yakin usaha tu takkan berjaya tapi sekurang-kurangnya, sekurang-kurangnya ada usaha bersungguh-sungguh kerajaan Selangor nak bela rakyat Selangor dari keburukan yang bakal Khusrin bawak sebagai budak suruhan Umno.

Sekurang-kurangnya, lebih ramai yang akan faham berkenaan perlembagaan negeri dan negara.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...