Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos.
DPPWP berpendapat, menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional ini menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.
DPPWP menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan UMNO-BN. Cadangan SPR seakan mahu menambah lagi jangka hayat pemimpin UMNO-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan UMNO-BN dalam PRU ke 13? - Hrkh
[cpasia.net] |
Kali ni SPR nak bercadang nak buat yang lebih bangang semata-mata nak pastikan Umno BN tetap menang dalam PRU13 nanti.
Alasan yang akan SPR guna mudah saja, doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan ni berkhidmat untuk negara dan depa ni tak boleh tinggai kerja depa.
Alasan apa pun yang SPR bagi tak penting pasainya bukan tu alasan sebenar SPR. Alasan sebenar SPR tak lain tak bukan, cuma untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.
Aku yakin, kalau depa-depa tu jadi pengundi Pos, kebanyakkan depa takkan berani nak mengundi calon Pakatan Rakyat. Ada la yang sorang dua yang berani, tapi kebanyakkannya tak berani pasai depa yakin yang Umno BN tau depa undi sapa. Kalau depa tak undi Umno BN depa akan dikenakan tekanan.
Lagi satu, undi Pos tu sendiri tak diyakini ketelusannya. Aku amat-amat yakin, Umno BN melalui SPR sebangai kelab penyonong Umno tetap ada cara untuk pastikan yang undi Pos tu menyebelahi Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis