Kenapa Najib lantik Isa Samad ketuai Felda | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 29, 2010

Kenapa Najib lantik Isa Samad ketuai Felda

Berita perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda sepatutnya disambut dengan rasa gembira terutama sekali oleh aktivis politik pembangkang walaupun dalam masa yang sama perlu jugak bersedih pasainya perlantikan tu akan merugikan warga Felda khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Pasainya, dengan perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda, isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Felda akan jadi lebih panas untuk PRU13 akan datang.

Entah apa yang ada dalam kepala otak Najib bila dia buat keputusan untuk lantik Isa Samad hanya tuhan yang tau. Walaupun Isa Samad terkenal dengan gelaran "Ikon Rasuah" Najib masih sudi lantik dia jadi pengerusi Felda. Walaupun yang sabitkan Isa Samad dengan rasuah pada tahun 2005 adalah Lembaga Disiplin Umno sendiri.  

Aku rasa ada 2 sebab yang mungkin jadi penyebab pasai apa Najib lantik Isa Samad jadi pengerusi Felda.

Yang pertama pasai Isa Samad ni memang dah terkenal sebagai "ikon rasuah".

Maksud aku, dengan Isa Samad sebagai pengerusi Felda memudahkan lagi Najib nak rembat apa saja yang boleh dirembat dari Felda, memudahkan lagi untuk Najib memperkudakan Felda untuk pastikan servival politik dia bersama Umno BN. Tak payah nak takut apa, masing-masing memang dah kenal hati budi masing-masing.

Sebab yang kedua mungkin pasai Najib tak sanggup kalau Negeri Sembilan pulak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Pasainya semua orang tau yang Muhammad Hassan tak kuat mana sebagai Menteri Besar dan ketua perhubungan Umno negeri. Jenis 'hantu raya' macam Isa Samad ni nak kena bela, nak kena bagi cukup makan. Kalau tak cukup makan jenis 'hantu raya' ni akan mengamuk.

Kalau Isa Samad "mengamuk" tentu punya akan bawak masalah yang besar kepada Umno BN Negeri Sembilan. Pasainya ramai dikalangan orang kuat Umno Negeri Sembilan yang masih terhutang budi dengan Isa Samad terutama semasa dia jadi MB dulu. Kalau dia buat sabotaj boleh tumbang Muhamad Hassan.

Jadinya, nak kena bagi jugak jawatan kat Isa Samad dan jawatan yang Najib rasa sesuai dengan citarasa dan tahap melahap Isa Samad adalah pengerusi sebagai Felda yang banyak duit dan aset.

Antara yang akan untung dengan perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda adalah kawan baik dia, Abdul Rahman Suliman, Ketua Bahagian Umno Parit Buntar. Tentu punyalah paling kurang pun dia akan dapat tempias. Takkan dia lupa tempat dia buat majlis Qurban masa Raya Haji lepas. Lagipun  dengar ceritanya pemimpin expired ni masih ada hari nak bertanding di Dun, masih ada hati nak jadi MB Perak.

sumber image: TVS 

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...