Lagi satu yang diulang pasai pemilihan Teresa Kok sebagai Pengerusi DAP Selangor walaupun dapat tempat ke 11 dalam senarai 15 ahli jawatankuasa DAP negeri.
Jugak diulang-ulang, dakwaan dari Ronnie yang kata dalam pemililhan DAP pun dah dijangkiti politik wang. Walaupun kenyataan tu dia buat seminggu lepas, berita TV masih dok ulang pasai tu. Yang aku sikit heran, takdak pulak cerita pasai Ronnie dapat surat tunjuk sebab dari DAP pasai kenyataan dia tu.
Malaysiakini 4 Disember lepas melaporkan:
Seminggu selepas kekalahan yang memalukan pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor, exco Selangor, Ronnie Liu mungkin diheret ke jawatankuasa disiplin parti kerana memberi bayangan bahawa politik wang wujud dalam DAP.Nampaknya giliran DAP pulak kena belasah kali ni. Sungguh-sungguh depa nak penonton terima yang DAP pun dah jadi macam Umno jugak, ada politik wang sama macam pemilihan PKR sebelum tu.
Jawatankuasa disiplin yang berpengaruh itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya supaya menjelaskan komennya semasa temuramah eksklusif dengan Malaysiakini.Liu dilaporkan sebagai berkata beliau khuatir DAP menuju ke arah amalan politik wang kerana wujud kecenderungan meningkat ke arah itu termasuk pembelian undi berikutan kekalahannya pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor minggu lalu. - Mkini
Awal tahun depan, PAS pulak akan mula mesyuarat pemilihan peringkat cawangan, lepas tu pemilihan peringkat kawasan dan dalam bulan Mei pulak pemilihan peringkat PAS Pusat.
Aku harap-harap takdak timbul pasai politik wang dalam pemilihan PAS pulak. Walaupun kebarangkaliannya tetap ada, harap-harap takda la. Kalu setakat lobi melobi tu tentu punya ada, pemilihan tahun lepas pun dah hebat, cumanya setakat mana hebatnya kerja lobi melobi untuk pemilihan kali ni.
Nota kaki makan cekam: Ataupun, mungkinkah PAS jugak akan ikut macam Umno, menangguhkan pemilihan tahun depan?