Saya teringat ketika Tuan Hj Muhamad bin Sabu merasmikan salah satu Mesyuarat Agung PAS Kemaman menyebut: ‘Kalau berjalan di pasar malam di Gombak, dicampak batu ke belakang, ia akan jatuh ke atas kepala ustaz.’ Ia kinayah dari ramainya para ustaz dan ulama sekitar Gombak barangkali. Graduan saban tahun tamat pengajian dari pelbagai fakulti pengajian Islam pula bagaimana?
Satu temuramah Tuan Hj Md Sabu juga pernah keluar dalam portal Malaysiakini tentang Ulama terutama Ulama Pelapis. Walaupun ada beberapa perkara yang saya/kami ada pandangan berbeza, namun ia adalah cabaran buat para ‘agamawan’ agar ambil peduli dengan perjuangan dan jemaah ini. Saya kemukakan ucapan di bawah sebagai ajakan kepada anta wahai yang bernama ustaz:
Alhamdulillah, Wassalatuwassalamu ala Rasulillah..
Allah berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi penolong-penolong agama Allah, sebagaimana Nabi Isa bin Maryam berkata kepada golongan Hawariyyin (pengikut setia Nabi Isa): “Siapakah yang mahu menolongku dalam menyampaikan agama Allah?” Golongan Hawariyyin berkata: “Kamilah penolong agama Allah. Lalu sebahagian dari Bani Israil beriman dan sebahagiannya kufur. Lalu Kami teguhkan orang-orang beriman melawan musuh mereka sehingga mereka mencapai kemenangan.” Al-Saff:14
Kita baru sahaja menyambut Eid al-Adha yang mengingatkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, bukan sahaja taatkan perintah Allah secara mutlak walaupun begitu sukar untuk diterima logik akal, bahkan bersedia memberikan apa sahaja yang diminta oleh Allah. Inilah iktibar pengorbanan yang mesti kita ambil. Pengorbanan dalam konteks dakwah semasa, terutama di bawah Parti Islam ini ialah pengorbanan masa, idea, tenaga dan wang ringgit saudara-saudara.
Saudara-saudara mempunyai ilmu agama yang baik, dan insyaAllah kefahaman tentang jemaah PAS ini juga bahawa PAS mesti menjadi wadah perjuangan yang didokong bersama bagi menegakkan Islam di tanahair ini. Dalam keadaan latarbelakang pengajian yang mungkin berbeza, dipengaruhi oleh suasana dan disiplin ilmu yang dilalui, namun titik persefahaman yang perlu difokus, bukan perselisihan yang dicanang. Dan jangan lupa bahawa di Malaysia ini, PAS menjadi tunggak perjuangan Islam yang mesti disokong dan didokong.
Baca seterusnya di Blog Ust Nik Nasri
Komen aku: Aku pun heran kat satu jenis puak Ustaz ni, tah apa yang depa belajar sampai ke timur tengah pun aku taktau la. Takkan depa tak percaya bab "qadha qadar" kut. Takkan depa taktau "fiqh aulawiyat" kut. Ada aku dengar cerita sampai tahap nak pi ceramah PAS pun takut pasai depa kata SB ambik no plat kereta.
Aku yakin Pas pun tak harap semua ustaz jadi macam Ust brahim Libya, tu dah tahap hebat sangat, tapi takat nak duduk dalam jawatankuasa Ulama' Kawasan pun takmau/takut apa cerita ni. Takkan nak suruh orang belajar sekular macam aku ni pakai serban jadi AJK Ulama' kut.
Berkaitan:
Nota kaki