DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat
Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng
Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.
Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.
Nama Projek | Jumlah Kos terlibat/RM |
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik | 2,430,000.00 |
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar | 10,000,000.00 |
3.Pangkor Height Villa | 790,000.00 |
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor | 260,000.00 |
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor | 1,900,000.00 |
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor | 1,560,000.00 |
7. Korporat Villa Jenis B | 380,000.00 |
Jumlah Kos | RM17.32 juta |
Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab.
Berkaitan
- Akhirnya DUN Perak bagi Pas masuk kepada wakil PAS
- Sidang DUN Perak - Sila benarkan perbahasan tanpa diganggu
Nota kaki makan cekam: Hari ni punya sidang dewan takdak FRU depan pintu pagar kut?