Industri pasir dikawal samseng? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 15, 2010

Industri pasir dikawal samseng?

Memang ada kemungkinan industri ni di kawal samseng. Kalau pun mungkin samseng bukan menguasai industri ni, paling kurang pun samseng terlibat jadi pengawal. Benda nilai berbillion2, apa sangat kalau takat nak bayar dua tiga juta untuk upah samseng.

Tambah-tambah pulak banyak melibatkan "kelulusan". Kalau kaedah samseng, selalunya depa hantar 2 benda suruh pilih, duit atau peluru

Mkini pula melaporkan MB Selangor berkata:
"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini. - Mkini
Bernama pulak melaporkan:
Menurut laporan itu, 12 orang ditahan di Selangor, 11 di Johor, 10 di Pahang dan sembilan di Perak.

Sebanyak 22 pertuduhan telah dibuat di mahkamah berhubung kes itu yang disifatkan sebagai amat serius kerana mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan. - Bernama
Mkini juga melaporkan BM Selangor berkata:
"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi jenayah ini.
Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Saya juga telah sertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya timbalan perdana menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan sewajarnya.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini.  - Mkini
Yang aku sikit mushkil, pasai apa Selangor tak gunakan kuasa yang depa ada untuk 'berdepan' dengan samseng pasir tu? Takkan Selangor takdak kuasa kut.

Pasai apa pulak MB Selangor sampai jemput TPM dan agensi persekutuan untuk tangani masalah samseng pasit tu.

Pada aku patutnya Selangor bentangkan dulu "pertuduhan" kepada umum. Biar orang ramai tau sapa yang sepatutnya jadi yang tertuduh. Lepas tu barulah serahkan kes tu kepada "agensi persekutuan" untuk ambil tindakan lanjut.

Paling kurang pun, Selangor patutnya jadikan surat kepada TPM dan agensi persekutuan tu sebagai surat terbuka. Biar orang ramai boleh jadi 'hakim' dan TPN beserta agensi persekutuan yang berkenaan jadi pihak yang diadili. Bukan maksud aku nak kata depa salah ka dak, tapi nak pastikan depa benar-benar buat kerja.

Yang aku paling tak puas hati, pasai apa SELCAT kata "takdak unsur rasuah" hari tu. Patutnya hari tu lagi SELCAT dedahkan. SELCAT hari tu patutnya tunjuk kepada rakyat yang Selangor betul-betul serius nak menyelesaikan isu samseng pasit ni.

Tapi bila SELCAT bagi kenyataan "takdak unsur rasuah," persepsi yang timbul macam ada pihak yang kerajaan Selangor nak lindung.


Nota kaki makan cekam:  Samseng punya cara mudah ja, selalunya depa hantar 2 benda suruh pilih, duit atau peluru. Kesian kat pegawai kerajaan yang kena ugut macam tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...