Ulama PAS turut menjadi bahan kritikan pada Muktamar PAS ke-56 kali ini. Seorang perwakilan pada muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Markaz Dewan Ulama di Macang semalam misalnya, menyalahkan ulama kerana kurang berperanan sehingga timbul gejala tidak sihat dalam parti.Pada aku tak kira la, apa pun yang Dewan Ulama' nak buat, yang pentingnya kena buat bagi orang nampak. Ada orang kata sebagai Ulama' depa kena tawadduk, kena buat dengan ikhlas jadinya tak boleh menunjuk-nunjuk.
Mohd Fauzi Yusof, wakil Pulau Pinang mendakwa kini wujud perbuatan "cah keting" dalam parti yang antara lain kerana kurangnya peranan Dewan Ulama dalam menekankan soal latihan dan kesedaran di kalangan ahli.
"Saya mendesak supaya Dewan Ulama memainkan peranan serius dalam soal tarbiyah bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi di kalangan anggota Dewan Ulama sendiri kerana dikhuatiri wujud gejala tidak sihat seperti cah keting," katanya.
Aku nak peringat puak-puak penyokong Ulama yang mungkin terlepas pandang. Sesungguhnya Dewan Ulama' adalah salah satu sayap utama dalam PAS, sebuah parti politik.
Dalam politik perkara yang paling penting adalah mengujudkan persepsi yang baik yang akhirnya ditrerjemahkan dikertas undi. Macamana nak ujudkan persepsi yang baik kalau kerja buat kita pengundi langsung taktau.
Lagi satu aku suka bandingkan kerja-kerja politik ni dengan solat fardu. Pasai apa amat dianjurkan untuk solat fardhu secara berjamaah di masjid yang tentunya tak boleh nak disorok. Adakah orang yang berjamaah solat fardhu di masjid tak ikhlas dan menunjuk-nunjuk.
Kita sebagai parti politik buat kerja bukan nak menunjun-nunjuk tapi kot mana pun kita kena tunjuk. Kalau tanya aku, aku suka jatuhkan hukum Dewan Ulama' wajib tunjukkan kepada semua apa yang depa buat.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10