Malaysian Insider sebelum ni melaporkan:
Pindaan yang dibahaskan oleh PAS hari ini mengekhendaki hanya mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti dilantik menjadi pengerusi dan anggota jawatankuasa disiplin.Usil berkenaan Jawatankkuasa Disiplin parti tu dibentangkan oleh Setiausaha Agung Pas, Hj Mustafa Ali.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, aspek itu akan membolehkan jawatankuasa disiplin “bertindak dengan bebas dan kelihatan bertindak dengan bebas.”
“Jika usul ini diluluskan, selepas ini jawatankuasa disiplin akan dipengerusikan oleh seorang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
“Dalam erti kata lain, jika saya masih mahu memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin, saya kena lepaskan jawatan dalam parti,” kata Tuan Ibrahim yang juga pengerusi semasa jawatankuasa disiplin.
Dengan diluluskan usul tu maknanya selepas ni Jawatankuasa Disiplin tak lagi dipengerusikan oleh dari kalangan AJK Pas Pusat tapi akan dipengerusikan oleh orang yang tak pegang apa-apa jawatan dalam parti.
Setakat yang aku ikut perbahasan hari ni tak pulak dengar ada cadangan sapa yang akan mempengerusikan jawatankuasa tu. Mungkin lantikan tu akan dibuat kemudian selepas dibincang oleh AJK PAS Pusat.
Insyaallah lepas ni, jawatankuasa ni boleh dilihat lebih bebas dan telus untuk buat siasatan dan seterusnya buat keputusan jika ada kes-kes yang melibat pimpinan tinggi Pas sendiri.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10