eBelNews melaporkan:
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.Pada aku Khairy memang pandai ambik kesempatan.
Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.
"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan. - eBelNews
Yang pertama dia tak terang-terang kata dia tak setuju dengan perberian lesen judi tu. Dia cuma nak bagitau yang dia dah bagi pandangan menggunakan saluran parti. Maksudnya kalau PM bagi lesen jugak dia boleh berlepas tangan pasai dia dah tegur.
Yang kedua, dia gunakan kesempatan bila dilihat ada perbezaan maklumat dari pihak kerajaan dengan maklumat dari pihak syarikat judi. Kerajaan kata lesen belum diluluskan tapi syarikat judi kata lesen dah dikeluarkan.
Kononnya dia berlagak semacam menyebelahi rakyat bila dia mintak kerajaan bagi penjelasan untuk elakkan kekeliruan pada rakyat.
Tak kira kerajaan respon atau tak, tak kira kerajaan akhirnya bagi lesen judi sukan atau tak, dia tetap dapat politikal milage.
Dia jugak gunakan kesempatan dari kenyataan Pemuda DAP yang kata depa tak setuju untuk batalkan terus semua lesen judi atas alasan tidak praktikal. Dia tak terus namakan DAP tapi dia gunakan istilah pembangkang.
Maksudnya dalam masa yang sama dia cuba laga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya dilihat berbeza pendapat dalam isu judi ni.
Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat mungkin lihat kenyataan Khairy tu tak lebih dari sekadar nak buat lawak tapi realitinya kenyataan macam tu pun mungkin dah cukup untuk dapat menguasai rakyat terutamanya dari kalangan orang melayu Islam yang majoritinya masih menaruh kepercayaan kepada Umno BN.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10