eBel News melaporkan:
Hari ni pula eBel melaporkan:
"Kami telah memutuskan untuk menguatkuasakan kontrak yang ditandatangani antara wakil rakyat dan parti ketika mereka dipilih menjadi calon dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Keshwinder adalah wakil rakyat DAP Perak yang kedua berbuat demikian selepas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong. - eBel News
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Datuk Hee Yit Foong menyangkal wujud perjanjian bahawa wakil rakyat DAP perlu membayar RM5 juta jika keluar daripada parti itu seperti yang didakwa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.Aku taktau sapa betui dan sapa yang menipu walaupun memang aku lebih pilih untuk percaya Ngeh dari spesis 'katak' macam Yit Fong. Yang sahehnya tentu ada salah sorang dari depa menipu. Takkan jadi dua-dua betui atau dua-dua tipu.
Yit Foong mencabar Koo Ham mengemukakan bukti kewujudan perjanjian berkenaan kerana beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu. - eBel News
Apapun kalau betui macam yang Ngeh kata, sepatutnya tak jadi masalah untuk Ngeh sahut cabaran Yit Foong untuk kemukakan bukti.
Walaupun aku kurang yakin kalau bawak kes ni ke mahkamah, makhamah akan menyebelahi Dap, tapi sekurang-kurangnya kes tu boleh jadi lagi satu hujjah konkrit menggambarkan Umno BN memang tak boleh pakai seduit pun.
Cuma, yang aku mushkilnya pasai apa la ni baru Dap nak kata ada perjanjian tu. Pasai apa masa awa-awai krisis Perak dulu Dap tak berbunyi apa pun pasai perjanjian tu. Masa heboh pasai 'baiah talak Pas' dulu pun takdak bunyi apa pun dari Dap.
Aku yakin perjanjian tu memang ada, tapi mungkin ada sikit benda yang 'kurang cantik' dengan perjanjian tu, pasai tu Dap 'malu-malu' nak dedahkan perjanjian tu. Aku rasa laaa...
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10