Hasrat Ilpas mesti dijayakan, target mesti kena capai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 20, 2010

Hasrat Ilpas mesti dijayakan, target mesti kena capai

Macam yang dijanjikan masa muktamar lepas,  Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) dilancarkan hari ni di Batang Kali.

Semasa ucapan pelancarannya, Presiden PAS dilaporkan berkata: 
"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.

Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.

Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.

Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri  yang akan bermula minggu depan.

Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri. - Harakahdaily
Aku harap sangat Ilpas ni berjalan macam yang dirancangkan. Yang lebih penting lagi aku harap Ilpas ni berjaya mencapai sasaran yang dah pun digariskan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Ust Halim Rahman masa ucapan penggulungan di muktamar lepas.
JPP melalui INPAS ni meletakkan target untuk melahirkan 18,280 orang petugas mahir di peringkat akar umbi dengan ilmu-ilmu pilihanraya untuk menghadapi PRU13.

JPP juga mensasarkan untuk mengujudkan 60 orang amilin disetiap negeri termasuk 10 orang dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang boleh jadi jurulatih disetiap negeri.
Setakat ni aku belum nampak macamana kaedah latihan tu nak dijalankan. Setakat ni aku masih lagi skeptikel. Aku harap latihan tu bukan setakat bagi teori tapi akan ada jugak praktikel terutama dalam hal-hal yang melibatkan perkara-perkara teknikel.

Satu lagi, aku harap sangat PAS Kawasan-kawasan kena bersedia untuk "sambut " hasrat JPP ni. Kalau PAS Kawasan tak bersedia nak "sambut" buat la perancangan hebat macamana pun, takkan jadi punya.

Kalau hasrat mengujudkan 18,280 orang petugas mahir tu berjaya, aku yakin PAS akan mampu menang lebih banyak kerusi dalam PRU13 nanti.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Akuharap latihan yang akan dibuat betul-betul bertaraf "institut"


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...