Lajnah baru ni akan diketuai oleh Dr. Zulkifli Ahmad yang juga bekas pengaraj Jabatan Penyelidikan PAS Pusat.
Katanya, lajnah baru ni antara lain bertanggungjawab untuk mencadangkan polisi hiburan bagi pihak PAS dalam memberi erti dan makna hiburan dari segi penghayatan. Lajnah ni jugak dipertanggungjawabkan untuk mencadangkan polisi hiburan kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan jika dibagi tanggungjawab memerintah Malaysia kelak.
Aku yakin, perkara macam ni sangat ditunggu-tunggu oleh khalayak yang terlibat dalam dunia dan industri hiburan.
Aku harap apa yang pernah Muhaimin cuba bawak masa dia mengetuai Department of Arts, Cultire and Sports (DACS), satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat satu masa dulu dapat diangkat ke tahap yang lebih tinggi oleh lajnah baru ini dibawah pimpinan Dr. Zulkifli Ahmad.
Mungkin Dr. Zul bukanlah orang sesuai untuk pimpin lajnah ni disebabkan dia bukan orang seni tapi dengan keazaman dan sikap keterbukaan yang ada pada dia, aku yakin dia mampu menterjemahkan hasrat PAS ni dalam bentuk tindakan.
Aku harap jugak Dewan Ulama' mengambil sikap proaktif membantu dewan baru ni, maksud aku, Dewan Ulama' proaktif dalam menyediakan skop 'apa yang boleh dibuat' bukan sekadar menyatakan hukum selepas lajnah baru ni dah buat.
Harapnya lepas ni tak dengar ada pihak yang kata "Nak buat macamana, Dr. Zul takdak tanya kami pun sebelum buat benda tu..."
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10