Aku sebenarnya dak tak kisah dah kalau ada lagi wakil rakyat PR di Perak yang nak lompat. Ada yang kata sebelum ni selepas Malim Nawar akan ada lagi 2 Adun yang akan lompat. Lompat la berapa pun nak lompat.
Lompat kat perak ni bukan lagi berita hangat. Kecuali la kalau yang lompat tu Adun PAS dan tentu aku akan rasa lagi hangat kalau yang lompat tu YB PAS tempat aku, nauzubillah, mintak lindung.
Aku sangat setuju bila Matsamankati dalam blog di Ureka.asia dedahkan nama wakil rakyat tu dan dia namakan Kasevan sebagai salah sorang calon yang akan lompat. Aku setuju dia dedahkan pasai benda macam ni kena dedahkan kat internet baru pimpinan nak bukak mata.
Takat bagi tau saja kat depa belum tentu depa ambik tindakan tapi bila dah didedah kat internet tentu depa serabut dan akan cuba sedaya upaya selesaikan, pasai depa tau yang rakyat bawah pun dah tau isu tu. Kalau tak diselesaikan jugak, tentu punya merah telinga kena belasah.
Hari ni Ust Misbah dalam blog dia, dia tulis pasai Kesavan ada hantar sms kat dia:
"Alhamdulillah, saya selamat dari syaitan BN. Saya sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan maruah dan harga diri pengundi HM...lawan tetap lawan".Aku tak mau komen pasai Kesavan guna perkataan "Alhamdulillah" tapi aku nak komen dia guna perkataan "syaitan BN"
Itu adalah jawapan YB Kesavan (K7)melalui mesej kepada saya setelah dihubungi berikutan dengan desas desus kononnya beliau akan turut melompat menyertai BN. Beberapa rakan dan wartawan cuba menghubungi beliau melalui hp tetapi tidak diangkat,ini menggusarkan penyokong-penyokong PR sehingga timbul tandatanya ?
Ternyata telahan tersebut meleset, K7 sengaja menutup hpnya, kebelakangan ini beliau sering dihubungi oleh syaitan-syaitan BN (bahasa K7) dan beberapa orang yang tidak dikenali memujuk supaya beliau mengikut jejak langkah adun Malim Nawar. - Misbah
Bila Kesavan guna perkataan "syaitan BN" dan ayat tu dah tersebar di internet, aku yakin Kesavan tak akan lompat, paling kurang pun tidak dalam masa yang terdekat ni. Pasainya aku yakin masa dia taip SMS tu tentu dia tengah bengang gila kat BN, maksudnya dia masih kuat untuk bersama Pakatan Rakyat.
Kalau la dalam masa terdekat ni tiba-tiba dia lompat keluar, aku yakin Kesavan ni pulak yang orang akan gelar "syaitan BN".
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10