RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 08, 2010

RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya

Aku harap 'rancangan' Husam nak kumpulkan RM20juta tu dapat direalisasikan. Bukan payah sangat nak himpun 20juta tu. Kalau boleh dapat 20 orang, baru sorang sejuta, kalau 40 orang baru sorang 500ribu. Kalau ada 1000 orang, baru 20ribu sorang. Takkan tak dak 1000 orang hartawan yang sanggup perhabih 20ribu kalau comfirm boleh dapat Putrajaya?

Cumanya kalau betui Husam nak ujudkan 'Tabung Amanah ke Putrajaya" tolongla pilih betui-betui orang nak jaga tabung tu. Jangan tersilap pilih 'hantu raya' macam Kickdefella tu. Jenih hantu raya ni,  kalau tak cukup bagi makan, tuan dia pun dia tokak.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar. - Harakahdaily





Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis
Jom join pay per click pertama Malaysia Baca Email dapat cash Media Pengiklanan Baru Affiliates domain. $0.10 USD for every referal Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...