Lagi perkembangan isu rasuah pasir di Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 17, 2010

Lagi perkembangan isu rasuah pasir di Selangor

Perkembangan terbaru kes rasuah pasir di Selangor, Selcat akan bersidang awai bulan depan. MB Selangor pulak menafikan dakwaan MP Kapar yang kata kandungan dokumen sulit membabitkan isu pasir tu bocor.

MalaysianInsider melaporkan:

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengadakan pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dalam syarikat pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd awal bulan depan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat diadakan hari ini.

“Selcat akan menyiasat perkara tersebut dari segi pentadbiran untuk mengenal pasti sama ada terdapat kelemahan pentadbiran yang perlu diperbaiki dan diperkuatkan oleh kerajaan negeri Selangor demi memastikan pentadbiran Kumpulan Semesta mematuhi dasar dan arahan kerajaan,” kata kenyataan dikeluarkan Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Selcat dipengerusikan oleh Speaker DUN Teng Chang Khim sendiri.

Pendengaran awam ini akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor selama tiga hari mulai 2 Jun ini, dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari. - MalaysianInsider
2 Jun, maksudnya lagi 16 hari baru Selcat nak bersidang. Awatnya lambat sangat. Memang betui benda-benda macam ni kena teliti betui-betui tapi lagi lambat siasatan dibuat, lagi macam-macam persepsi boleh timbui.

Dalam pada tu Malaysian Insider juga melaporkan:
SHAH ALAM, 17 Mei — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan berlakunya kebocoran kandungan dokumen sulit membabitkan isu pasir yang diserahkan kepadanya oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada Rabu lalu.

Khalid (gambar) berkata, beliau hanya menyerahkan dokumen yang diterima itu kepada setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad, bagi perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

“Saya tidak akan membenarkan dokumen yang diserahkan kepada saya disebarkan kepada mereka yang tidak berkenaan dan juga orang awam melainkan melalui satu proses,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Selangor State Investment Centre Bhd di i-City di sini.

Jumaat lalu, Manikavasagam mendakwa dokumen yang diserahkan kepada Khalid itu turut diperoleh beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri serta Selcat sedangkan dokumen itu adalah rahsia dan untuk Menteri Besar sahaja. - MalaysianInsider
 Yang ni pun satu lagi, kalau betui kandungan dokumen sulit tu bocor, maknanya memang sah kat dalam pejabat MB Selangor tu ada orang yang celaka,yang sepatutnya dibersihkan. Bab tu pun Selcat patut siasat. Masa ni la boleh diambil kesempatan membersihkan pejabat MB dari pengkhianat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...