Konvoi Gaza: Kematian meningkat, sekurang-kurangnya 20 terkorban | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 31, 2010

Konvoi Gaza: Kematian meningkat, sekurang-kurangnya 20 terkorban

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin. - Harakahdaily
Harakahdauily juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui. - Harakahdaily
Jugak dilaporkan:
PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel  ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut. - Harakahdaily
Nota kaki makan cekam:  Sampai setakat aku tulis posting ni PM belum lagi ada komen dalam mana-mana portal berita.

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...