Gertak rupanya penakut, ingatkan berani sangat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 12, 2010

Gertak rupanya penakut, ingatkan berani sangat

Ingatkan depa ni berani sungguh. Konon nak bangkitkan semangat Melayu. Rupa-rupanya semangat depapun orang lain yang 'pegang'.

Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Perhimpunan “Melayu Bangkit”  anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), yang dijadual berlangsung esok ditangguhkan, dipercayai ekoran tekanan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Pihak penganjur berkata ia ditangguhkan selepas mendapat arahan Institut Integriti Terengganu (IIT) kerana melibatkan isu keselamatan negara.

Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata IIT telah menasihatkan supaya perhimpunan tersebut ditangguhkan.

“Saya mendapat arahan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi yang meminta supaya perhimpunan ini ditangguhkan atas sebab keselamatan negara.

“Jadi kita terpaksa akur dengan arahan tersebut dan pada masa sama menghindari daripada fitnah yang dilemparkan sebelum ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika dihubungi pagi tadi Razali berkata pihak tidak akan tunduk dengan gertakan PAS, sebaliknya akan meneruskan sebagai telah dirancang.

Beliau yang kecewa dengan penangguhan tersebut mengatakan tindakan parti pembangkang yang menjadikan isu tersebut sebagai permainan politik menjadi punca utama perhimpunan itu ditangguhkan.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan parti pembangkang yang menentang habis-habisan bagi menghalang perhimpunan diadakan.

“Selain itu, fitnah dan tuduhan yang semakin berleluasa yang dibuat pembangkang menjadi penyebab perhimpunan ini terpaksa ditangguhkan.

“Mereka (pembangkang) tidak faham apa intipati perhimpunan ini, kita bukan nak susahkan bangsa lain tapi hanya nak orang Melayu bersatu,” katanya. - Malaysaian Insider

Konon guna alasan 'keselamatan negara'. Sebenarnya bukan pasai 'keselamatan negara' tapi sebenarnya 'keselamatan BN'. Pasainya MCA terang-terang belasah penganjuran himpunan tu.

Depa takut kalau PRK Sibu calon BN kalah. Kalau kalah tentu dah komponen BN yang lain akan salahkan Umno yang semua orang tau berada dibelakang penganjuran perhimpunan tu.

Lagi satu katanya perhimpunan tu ditangguhkan, masalahnya kalau dah ditangguh ketarikh lain dah jadi kurang haibat la. Tarkh 13 Mei tu memang dah cantek sangat. Kalau nak guna tarikh 13 Mei jugak kena tunggu tahun depan pulak laa...    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Tak sedar diri penakut tapi nak gertak orang, palaa bangang punya orang Umno

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...