Pejabat Daerah jadi pejabat sementara MB - satu tindakan bijak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 14, 2010

Pejabat Daerah jadi pejabat sementara MB - satu tindakan bijak


Pada aku tindakan MB Selangor buka pejabat MB sementara di Pejabat Daerah  Hulu Selangor satu tindakan yang amat menarik. Aku tak tengok dari segi kewajaran pentadbiran, tapi dari segi tindakan politik pada aku satu tindakan yang sangat sesuai.

Dari segi pentadbiran MB Selangor dah pun menjawab, dia cuma 'pulangkan paku buah keras kepada Umno BN. Selama ni memang macam tu jugak la pun cara bertindak Umno BN, cumanya tak la sampai mengistiharkan secara rasmi macam yang BN Selangor buat tu.

Lagi pun, memang lagi mudah kalau nak buat mesyuarat Exco contohnya, pasai mesti punya semua Exco akan berkampung kat Hulu Selangor. Bahkan aku rasa Umno Selangor pun kalau nak mesyuarat akan buat di Hulu Selangor.

Cuba bayangkan macamana keadaan Pegawai Daerah merangkap RO pilihanraya nak buat kerja, memang jadi payah. Maksud aku, kalau Umno BN nak memperguna DO ni untuk buat kerja untuk mno BN, memang akan jadi payah. Kalau Umno nak guna jugak, nampak gayanya terpaksa la DO ni bukak pulak satu 'pejabat sementara' kat mana-mana, mungkin boleh dibukak di kedai mamak.

Tambah lagi menarik bila Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita BN sampai suruh tukat RO PRK Hulu Selangor. Memang nampak tindakan MB Selangor tu dah ada kesan. Tu baru 'intro' ja..

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan BN bahawa Pakatan Rakyat menyalahgunakan jentera kerajaan negeri dengan menyelenggaran pentadbirannya di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Khalid sebaliknya berkata, perkara tersebut hanyalah “amalan standard”.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan persekutuan sama ada mereka juga menggunakan pejabat (agensi kerajaan seperti) Kemas, Rela dan Jabatan Penerangan,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Wanita BN, Datuk Hamidah Osman, semalam yang dilaporkan berkata tindakan Pakatan itu menimbulkan keraguan sikap berhubung berkecuali pegawai daerah yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil.

BN juga menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pegawai pengurus pilihan raya kecil, Nor Hisham Ahmad Dahalan.
Jumaat lalu, Khalid mengumumkan, pentadbiran kerajaan negeri akan beroperasi sementarai di Pejabat Daerah tersebut untuk membolehkan kerajaan memahahi keperluan rakyatnya.

Bercakap dalam sidang media ketika sidang DUN Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, Khalid berkata, pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kemudahaan kerajaan negeri.

“Seperti sekarang ini, saya di pejabat menteri besar di bangunan DUN, tetapi saya menjawab soalan politik. Sebagai kerajaan memerintah, kita boleh menggunakan kemudahan itu,”katanya.

Diminta membuktikan bahawa pegawai daerah Nor Hisham Ahmad Dahalan – yang juga pengarah pilihan raya negeri tidak akan memihak, Khalid hanya menjawab:

“Ini antara soalan paling pelik yang sudah lama tidak ditanya kepada saya.”

Katanya, perkara tersebut sebelum ini sering ditimbulkan oleh pembangkang, bagaimanapun, kali ini keadaan sudah berubah. - Malaysiakini
Takkan berani DO nak buat keputusan ikut arahan Umno BN bila MB ok tercongok sentiasa depan mata.  ⊗

Nota kaki makan cekam:  Mampoh Umno!!!   :D


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...