Bergelut di Hulu Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 21, 2010

Bergelut di Hulu Selangor




Sekadar nak bercerita sikit tentang Hulu Selangor. Aku tak bercadang nak menulis sebenarnya tapi kali ini terpaksa. Harap-harap selepas baca artikel ini adalah dua-tiga hati yang tergerak untuk berhenti membesarkan punggung dan turun tolong kami juga di sini.

Antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat, PAS sebenarnya diberi satu tugas yang paling berat. Ini hakikat. Kami diserahkan DUN Hulu Bernam yang mana sejarah 2008 mencatatkan kita hanya memegang 35% undi penduduk di sini.

Dan kawasan yang paling hitam; area Felda, diberikan kepada PAS Terengganu. Nasib baik aku tak kena. Bapak hitam kawasan tu. Macammana mereka buat itu kena tanya FFF. Dia jaga kawasan tu. Aku agak gusar juga, takut2 kalau undi di situ tak berubah, maka 'UG' akan dijadikan kambing hitam. Bukan kita tak kenal perangai sebahagian 'kawan-kawan' kita ni!

Pemuda PAS Selangor pulak berkempen di kawasan kampung-kampung Melayu. Berkumpul di markas, terima arahan, turun dan bergerak rumah ke rumah. Dan masa bergerak tu, macam-macam insidenlah yang berlaku.

Stended la, macam tak pernah turun pulak!

Nampak macam senang, tapi kampung Melayu pun banyak karat keris juga. Cuma tak adalah karat macam Felda. Banyak kereneh yang petugas kena hadapi dengan penuh sabar.

Secara peribadi bagi aku, petugas tidak pernah dan tidak akan cukup.

Kenapa?

Pada peringkat awal kempen, Datuk Zaid sebenarnya ada peluang yang sangat cerah. Culaan menunjukkan undi Melayu dan Cina bersama PKR. Kita pegang kira-kira 60% undi Melayu dan 75% undi Cina. Ada kemungkinan undi protes yang sangat besar dari penyokong UMNO. Kita hanya kalah tipis undi India.

Tapi itu ketika peringkat awal culaan, sebelum isu Dr Halili timbul, sebelum Santa Claus turun dari Putrajaya bagi hadiah krismas untuk orang di sini.

Selepas isu Dr Halili keluar PKR timbul, jentera sudah ada yang goyah. Petugas PAS tidak ada jawapan kuat sebab isu ini terlalu baru. Yang duduk rileks menulis kata "Baguslah Dr Halili keluar, kurang lagi katak dalam PKR", baik berhenti menulis sebab isu ini memang ADA DAMAGE dan menyusahkan hidup aku dan kawan-kawan. Apa ingat orang kampung terima ke hujah macam tu?

Kena ingat, Dr Halili ada pengaruh yang kuat dalam PKR di sini. Jadi tolong faham dan kalau sesiapa ada info untuk serangan balas, tolong bagi maklumat dan cadangan. Terima kasih.

Kawan-kawan dari PKR terutamanya, tolonglah turun sebab walaupun kawasan yang PAS kendalikan paling hitam, tapi kawasan kamu yang paling bermasalah (bagi aku). DAP boleh handle kawasan dia inshaAllah. Undi Cina nampaknya tak berubah sangat.

Dengarlah kawan-kawan bahawa situasi ini telah menukarkan kedudukan kita dari menyerang kepada bertahan. Dan aku secara peribadi sangat-sangat bimbang dengan keadaaan begini. Tak sebelahi kita. Harap-harap ada strategi baru dari atasan untuk tukar keadaan.

Itu belum di tambah dengan kerenah SPR...  [baca seterusnya di sini]    ⊗


Nota kaki makan cekam:  Selamat berjuang... :D


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...