Muhamad Yunus pengasas Grameen Bank |
Kerajaan Selangor akan membangunkan satu skim mikro kredit bagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Sebelum-sebelum ni Umno ada buat skim Tekun yang walaupun tiak secara bertulis tapi perlaksanaan dia hanya untuk ahli Umno sahaja. Bila dah ada 'persaingan' ni kut mana pun yang akan lebih untung tentulah rakyat terutama yang kurang berkemampuan.
Dana permulaan untuk program ini diperolehi dari hasil kutipan bayaran hutang RM50 juta daripada Talam Corporation Bhd yang berhutang RM392 juta dengan anak-anak syarikat negeri, katanya semasa berucap di majlis Penyampaian Watikah Perlantikan 368 Ketua Kampung di Selangor di sini hari Isnin.
Program mikro kredit ini akan berkonsepkan skim perbankan Islam "Qardhul Hassan" iaitu sistem sama yang diguna pakai oleh Grameen Bank di Bangladesh yang telah berjaya membantu golongan miskin di negara itu.
Abdul Khalid berkata sehubungan itu sebuah Jawatankuasa Khas Pemandu akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu yang akan diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. - bernama
Kalau lah skim ni boleh dilaksanakan dengan penglibatan JKK aku yakin skim ni boleh berjaya jadi serampang dua mata. Dalam masa kita tolong bagi pinjaman kepada yang layak dalam masa yang sama kita juga boleh bagi kekuatan kepada JKK untuk menguatkan pagi pengaruh Pakatan Rakyat.
Dengan pemantauan Jawatankuasa Pemandu, aku yakin skim ni boleh berjaya
Nota kaki
Jangan la pulak ada JKK teringin tiru JKK lama. Jangan pulak ada yang sibuk mintak nak tengok sijil ahli parti mana, memang BANGANG... pada aku, lebih bangang dari 'katak' yang dah lompat tu.
Dah boleh dapat bonus dah laa, jangan jadi gila kuasa pulak.
Pada majlis yang sama, Abdul Khalid juga mengumumkan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selangor akan menerima bonus pada tahun ini.
Beliau berkata mereka akan menerima bonus 10 peratus daripada keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan pasir yang dijalankan oleh anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd. - Bernama
Berkenaan:
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10