Hilangnya Adab Bermesyaurat dalam PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 18, 2010

Hilangnya Adab Bermesyaurat dalam PAS?

Tranungkite Oleh: duniatabligh

"Pada bulan 12 tahun 2009, seorang penceramah yang sama saya lupa nama tetapi bekas ADUN PAS Permaisuri Terengganu(ustaz Razali, Ramli atau ?) mengantikan TG Tuan Ibrahim yang ketika itu menunai haji di Mekah memberikan tazkirah di Masjid Lama Rantau Perintis.

Tazkirah terbahagi 2 slot. Slot kedua bertajuk Adab Bermesyuarat(nama kitab aku lupa). Antara yang masih saya ingat isi tazkirahnya (saya sadurkan dengan bahan-bahan lain). Katanya, punca kekalutan dalam parti PAS sekarang iaitu kepincangan mereka dalam mesyuarat. Mereka lupa atau sengaja melupakan adab bermesyuarat. Keputusan mesyuarat mereka tidak bulatkan bahkan mempersoalkan.

Tazkirah:

Firman Allah yg bermaksud:

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (Aali Imran: 159)

Firman Allah lagi yg bermaksud:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna: dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berik kepadaNya; [Syoora: 38]

TUJUAN MESYUARAT

Untuk mewujudkan satu fikir, satu hati dan satu kerja didalam menyempurnakan tuntutan usaha agama. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan satu perintah Allah subhanahu wataala yang amat penting.

FADHILAT MESYUARAT:

  1.  Berkat mesyuarat menyebabkan tertangguhnya sebarang azab yang hendak diturunkan dan akan mempercepatkan turunnya rahmat Allah taala.
  2. Melalui mesyuarat kita akan mendapat berkat wahyu.
  3. Tidak rugi mereka yang bermesyuarat dan tidak menyesal mereka yang bersolat istikharah untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan.
  4. Setiap keputusan hasil dari mesyuarat pasti ada kebaikan dan kejayaan.
  5. Mereka yang menerima keputusan mesyuarat dan berazam untuk beramal denganya, Allah Subhanahu wataala akan menghantar malaikat untuk menyertainya.

ADAB-ADAB MESYUARAT

  1. Lantik seorang Amir untuk mengendalikan mesyuarat.
  2. Mesyuaratlah dengan penuh tawajjuh kepada Allah taala.
  3. Mesyuaratlah dengan kasih sayang dan berniat untuk mengamalkannya.
  4. Amir boleh meminta syor dari sebelah kanan dan tidak semestinya meminta syor dari setiap orang, tetapi maruah setiap orang mesti dijaga.
  5. Apabila Amir meminta syor dari kita, maka berilah syor dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut, jangan ada niat untuk menyokong atau membangkang.
  6. Janganlah merasakan syor kita sahaja yang terbaik lalu mendesak Amir dan ahli jemaah untuk menerimanya kerana ini akan menjauhkan kita dari mendapat nusrah dari Allah taala.
  7. Sebaliknya berilah syor yang paling baik dari kita dan anggaplah syor kita yang paling lemah dari syor orang lain.
  8. Berilah syor dengan meletakkan kepentingan ugama di depan dan kepentingan diri dan kepentingan dunia di belakang.
  9. Hargailah dan hormatilah setiap syor dari orang lain.
  10. Janganlah mentertawakan atau memandang rendah syor orang lain kerana setiap syor boleh mencetuskan idea yang lebih baik.
  11. Setiap orang semestinyalah ingat dalam dirinya bahawa syornya hanyalah mengikut hawa nafsunya sahaja. Maka jika ditolak hendaklah dia bersyukur (ucapkan alhamdulilah) dan jika syornya diterima maka hendaklah beristighfar kerana mungkin syornya akan mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada agama Allah subhanahu wataala.
  12. Janganlah mengeluarkan sesuatu syor yang kita sendiri merasakan syor itu akan membawa kepada perpecahan dan perbalahan.
  13. Jangan menganggap Syor diberi sebagai syor saya tetapi menganggap keputusan sebagai keputusan kita
  14. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilham yang dikurniakan oleh Allah taala kepada Amir berkat kerjasama dan tawajjuh semua ahli mesyuarat.
  15. Keputusan yang dibuat tidak bergantung kepada jumlah syor yang majority atau minority tetapi jika syor majority itu boleh membawa perpaduan dan kasih sayang maka itu adalah dibenarkan.
  16. Amir hendaklah memikirkan setiap syor secara mendalam dan membuat keputusan dengan jujur dan ikhlas tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan ahli jemaah.
  17. Mesyuarat sebelum mesyuarat adalah khianat dan mesyuarat selepas mesyuarat adalah fitnah
  18. Seorang amir janganlah bersikap seperti seorang diktator di dalam membuat keputusan sebaliknya dia hendaklah selalu berbincang dengan ahli jemaahnya.
  19. Semua ahli mesyuarat hendaklah memberi kerjasama kepada Amir dan mentaati setiap keputusan yang Amir buat. Anggaplah bahawa syor merekalah yang sedang di amalkan bersama.
  20. Kalau seseorang merasakan bahawa syorlah yang paling betul maka dia janganlah sekali-kali mencebir atau mencemuh Amir sebaliknya dia hendaklah yakin bahawa keputusan Amirlah yang akan membawa kejayaan dan kebaikan.
  21. Jika sesuatu keputusan itu sangat benar untuk kita terima maka kita hendaklah sabar dan taat sebaliknya jika keputusan itu bersesuaian dengan kita maka hendaklah taat dan sabar.
   Sebarang perkara yang berlaku selepas mesyuarat adalah ditakdirkan didalam Qada dan Qadar Allah Subhanahu wataala, maka janganlah kita mengungkit atau memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut.

Disusun oleh WAN Ziarahsufi
(Suara Dari Dinding Masjid Lama Rantau Perintis)


Sumber : Tranungkite 

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...