PR mungkir janji? YB Salleh Man sekadar NYDP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 02, 2010

PR mungkir janji? YB Salleh Man sekadar NYDP

Kalau ada orang PAS Penang yang tak puas hati pasai Ust Salleh Man tak dilantik jadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, pada aku memang orang tu tak bijak politik. 

Maksud aku bukan apa yang dia ulas atau komen, tapi lebih kepada perasaan peribadi dia. Kira ok la tu, dapat jawatan NYDP, ada peningkatan dari sebelum ni yang langsung takdak apa-apa.

Sebenarnya janji "Dilantik jadi YDP MAINPP kalau menang" masa PRK Permatang Pasir hari tu, memang sebenar²nya janji gula-gula pilihanraya, strategi jentera PRK Pas.

Aku ingat lagi masa sembang pasai 'janji' tu, awal sebelum janji tu diwar²kan. Masa tu kalau tak salah aku ada sikit perdebatan pasai nak bagi janji apa? Aku lebih setuju kalau PR boleh bagi janji jawatan Exco Agama berbanding jawatan YDP MAINPP. Memang semua yang bersembang malam tu aku yakin nak sangat kalau boleh bagi janji jawatan Exco. Kalau janji tu boleh keluar, aku cukup yakin hampir pasti calon Pas akan memang dengan majoriti yang selesa

Masalahnya kedua² janji tu mesti dapat persetujuan Kerajaan Pulau Pinang dulu. Takkan senang² DAP dan PKR nak mudah² bagi EXCO kat satu²nya ADUN Pas. Lagi satu, nanti nampak sangat yang Pas tamak dan tak sedar diri. Yang pastinya DAP dan PRK akan jadi tidak selesa dengan nak bekerja dengan Pas.


Hujjah aku senang saja,
Kalau kita mintak mungkin boleh dapat tapi kalau cuba mintak pun tak dah tentu dah tak dapat. Lagi pun keputusan tu lebih kepada keputusan orang politik, dalam politik ni apa pun boleh jadi.
Jadinya keputusan sembang malam tu, kita cadangkan Pas usulkan kepada Kerajaan Negeri supaya setuju bagi jawatan YDP MAINPP kalau calon Pas menang. Walaupun sebenarnya memang ada yang maklumkan yang jawatan tu dah pun ditawarkan kepada Ust Elias Zakaria. Pasainya buat sesuatu untuk tambah % sokongan pasai maklumat risik malam tu masih lagi 50-50. Kami yakin janji YDP MAINPP pun boleh tambah undi.

Aku taktau apa pimpinan yang berkenaan goreng dengan MB Pulai Pinang, tapi esoknya dah keluar pengumuman berkenaan janji tu. Janji yang kalau calon Pas menang dalam PRK Permatang Pasir tu, dia akan dilantik sebagai YDP MAINPP yang baru.

Pada aku, Pas memang bertindak bijak masa tu. Pas betul² gunakan 'kuasa pengundi' masa tu tuntut sesuatu untuk Pas. Pas berjaya bermainan politik untuk secara tidak langsung 'mengugut' DAP dan PKR supaya setuju dengan permintaan Pas yang bukan saja calon Pas menang besar, Pas jugak dapat jawatan yang lebih boleh berperanan dalam kerajaan negeri.

Aku rasa laa, kalau masa tu pimpinan Pas buat keputusan dan kemudiannya berjaya melobi untuk "janji jawatan Exco Agama kalau menang", mungkin YB Khalid Man akan dilantik sebagai YDP MAINPP, sikit bawah dari jawaan Exco.

Aku rasa kalau lebih ramai yang kepala lebih power dari aku sembang malam tu, mungkin akan timbui idea yang lagi hebat macamana nak bagi cadangan "janji jawatan Exco Agama" tu memang perlu dibuat dan jugak memang boleh dilaksanakan.

BUTTERWORTH 30 Dis. - Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man tidak berkecil hati biar pun kerajaan negeri gagal menunaikan janji untuk melantiknya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir sebaliknya berkata, tawaran untuk mengisi kerusi Timbalan Yang Dipertua MAIPP iaitu jawatan baru yang diwujudkan oleh kerajaan negeri sudah memadai.
Sambil mengesahkan sudah menerima surat tawaran bagi jawatan timbalan itu Isnin lalu, Mohd. Salleh berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya terus dipolitikkan.
''Timbalan pun okey, saya tidak ada masalah. Asalkan boleh berkhidmat dalam MAIPP saya rasa itu sudah cukup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan
Kira ok la tu....

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...