Kreatif dan kompetitif untuk 'mengipas dan menjilat'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 15, 2010

Kreatif dan kompetitif untuk 'mengipas dan menjilat'?

Bernama melaporkan
Malaysia Book of Records (MBOR) Jumaat mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di sini yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar.

Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid berkata proses menyusun kuih apam berkenaan di atas sebuah meja di kawasan padang kolej itu dimulakan seawal pukul 8 pagi tadi. - Bernama


Yang lawaknya\, kalau dah buat sendiri,pasai apa langsung tak kreatif nak bagi jadi kuih pau tu warna biru, putih dan merah.
Beliau berkata logo 1Malaysia itu disusun menggunakan kuih apam yang sebahagiannya dibalut dengan kertas berwarna biru, putih dan merah. - Bernama
 Apa sangat la kreatif dan kompetatifnya, buang duit dan buang masa ada laa.. Dengan duit sebanyak tu, macam² program lain boleh dibuat. Kalau buat dalam bentuk pertandingan pun contohnya, lagi ramai dari kalangan budak² tu boleh jadi lebih kreatif dan kompetitif.

Kalau dah memang jenih suka 'mengipas dan menjilat' apa lagi yang depa pandai dan kreatif kecuali untuk mengipas dan menjilat sambil² perhabis duit.


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...