Keputusan Perbicaraan siapa MB Perak yang sah - Hj Nizar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 27, 2010

Keputusan Perbicaraan siapa MB Perak yang sah - Hj Nizar


 Oleh Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Perbicaraan rayuan yang terakhir status MB Perak telah di adakan hampir 3 bulan lepas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 5 Nov 2009. Seramai 5 orang hakim telah mendengar bagi mengadili kes yang penting dan besar ini. Saya telah merayu agar kes ini didengar oleh 11 orang hakim dari mahkamah sama. Rayuan ditolak maka saya rayu untuk diadakan 9 orang pun juga ditolak oleh Dato Alauddin.

Akhirnya saya pohon 7 orang dengan hujjah yg kukuh kerana kes ini terlalu besar, biarlah ramai hakim mendengarnya supaya keadilan itu terjelma. Lagipun dia boleh menjernihkan imej institusi mahkamah dan judisiari yg telah tercalar dan tercemar . Pernah mahkamah sama memberi 7 orang hakim semata-mata bagi mengadili kes edar dadah sebelum ini dan bolih pula! Terdapat beberapa orang hakim yang pakar perlembagaan Perak dan Persekutuan spt Richard Malunjum, Tan Sri Gopal Sri Raj yang belum pernah mendengar kes Perak sepatut diberi peluang. Kes ini juga banyak merujuk kepada kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, jadi elok kalau hakim dari Sarawak juga ikut turut serta.

Maka 5 orang hakim berhenti "rihat" 30 minit dibelakang kamar. Setelah bermula pebicaraan, ketua (Dato Alauddin) menyatakan bahawa mereka sebulat suara hanya mambenarkan 5 orang hakim dan tidak lebih!. Maka saya beritahu Ketua Pembela saya Tn Hj Sulaiman untuk teruskan juga kerana kes ini terlalu lama dan saya yakin dengan hujjah Tn Hj Sulaiman.

Kelima -lima hakim tersebut ialah Dato Alauddin, Dato Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff. Setelah perbicaraan habis jam 6.40ptg, maka sebolihnya keputusan dibuat, namun apa yang dimaklumkan olih Dato Alauddin ialah, "keputusan mahkamah ini hanya akan di umumkan pada suatu tarikh yang akan di beritahu kelak!"Sudah hampir 3 bulan, masih belum ditetapkan. Cuma baru semalam saya diberitahu bahawa keputusan akan diumumkan pada 9 Februari 2010.

InshaAllah saya akan pergi ke Putrajaya pada hari tersebut. Apapun keputusan saya terima dgn terbuka hati demi kebaikan negeri Perak. Tetapi pemulihan demokrasi sepenuhnya hanya akan dapat dicapai melalaui pemberian hak kepada rakyat negeri Perak untuk memilih semula dan untuk itu DUN Perak mesti dibubarkan. Ini yang saya lakukan pada 11 Mei 2009 apabila Mahkamah Tinggi KL mengisytiharkan saya sebagai MB sah negeri Perak pada jam 5 petang di Jalan Duta, maka pada jam 10.30 malam saya berada di Istana Kinta, Ipoh untuk memohon perkenan DYMM Sultan Perak agar di bubarkan DUN Perak, namun tidak berhasil. Pada pagi 12 Mei 2009 jam 8 pagi saya masuk kepejabat MB Perak. Saya sempat menghadiri majlis anugerah bintang kebesaran di Istana Kuala Kangsar dan bersantap dengan Tuanku Raja Muda. Kemudian kembali semula kepejabat MB dan bermesyuarat. Tepat jam 2.30 petang , saya di arah keluar dan kami akur kerana menghormati mahkamah .
Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat.Biarlah jawatan yg kita pangu itu sah dikacamata semua. Itu sebab saya bergegas ke Istana Kinta pada malam itu juga untuk pohon dibubarkan DUN Perak. Namun, keputusan Mahkamah Tinggi KL dari Hakim YA Dato Abd. Aziz telah di "Stay"(ketepikan) oleh mahkamah Rayuan melali perintah hanya seorang hakim Dato Ramli Ali. saya terima keputusan mahkamah Rayuan maka saya keluar dari pejabat MB bersama rakan rakan EXCO. YB Dr Zambry di kembalikan semula ke pejabat MB oleh mahkamah Rayuan.

Saya tunggu keputusan hakim pada 9 Feb. 2010 ini dan berdoa agar kebenaran dan keadilan serta hak rakyat Perak dapat di kembalikan. Demokrasi pilihanraya bebas dapat di adakan semula supaya rakyat Perak dapat memilih wakil rakyat dan kerajaan yang kuat dan sah dapat di tubuhkan, InshaAllah.
Hidup Rakat, Bubar DUN Perak, Pulih Demokrasi!

Oleh Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...