Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.
Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:
Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM
Kota Bharu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM
Langkawi (Kuah)
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (52% 39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM
Kuching
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum (23% 12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM
Miri
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM
Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM
Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. Perisian Skymap Pro (versi 8). Laman web Solar Eclipse Calculator
Ada sedikit kekeliruan terhadap data peratusan matahari tertutup di atas. Nilai sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran salah terhadap eclipse magnitude dan bukannya eclipse obscuration.
Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI
Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.
Cara melihat gerhana
Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!
Rujuk SINI
Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.
Rajah
PJ Pas Perak menggesa seluruh umat islam melakukan Solat Sunat Gerhana
Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak, menyeru supaya seluruh umat Islam dan ahli PAS Perak khususnya untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada esok hari mulai antara 3.15 ptg hingga 5.45 ptg.Kalau ada yang berkemampuan sampai boleh baca khutbah gerhana dan takdak lagi khutbah, boleh baca yang di sini. Kalau hanya boleh buat solat sorang², baca sendiri pun ok jugak.
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai Solat Sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat Sunat Gerhana Matahari dalam istilah
Arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat Sunat Gerhana Bulan dalam istilah
arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada
terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf
pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau
pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua
kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana
bulan atau pun matahari. - Pas Perak
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash