JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
-- BERNAMA
Hebat jugak penangan Aduka ni, sampai satu pasukan khas nak ditubuh untuk siasat kes dia ni. Walaupun dia dah buat artikel khas memohon maaf dan dah pun tarik balik artikel kontroversi tu, nampak gayanya macam dah terlambat.
Nak-nak pulak pencacai Umno BN memang tengah cari isu yang boleh depa nak tala kat Pas, takkan depa nak biar isu panas ni berlalu macam tu ja. Aku yakin depa akan main isu ni untuk bagi damage Pas. Nasib baik la Aduka Taruna ni tak berapa nak Pas.
Pasai tu la dah ada pun yang buat demo pasai ni kat depan Istana Johor dan dari segi kehadiran 500 orang macam yang Utusan laporkan, memang standard demo Umno. Kalau demo rakyat Johor takkan takat 500 orang ja, tu pun kalau betui la ada 500 orang, tengok gambar tu nampak macam 50 orang ja.
Apa pun, adakah Aduka akan diISAkan macam yang banyak blog pencacai Umno mau? Kalau diISAkan pun ok gak, bukan maksudnya aku sokong ISA atau suka dia kena ISA, tapi kalau dia kena ISA takdak masalah la kalau kawan-kawan nak nak bela dia sebagai mangsa ISA.
Kalau dalam kes ni kawan-kawan nak bela macamana, memang terang-terang takdak adab. Yang boleh kawan-kawan sokong pun bab dia berani mengaku salah dan mintak maaf secara terbuka, takat tu aja la pun....
Video demo anti blog Aduka
Nak jadi cerita, sebelum dia berjaya 'langgar Hadi' dia yang akan kena 'langgar' dulu.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash