Himpunan Penyokong PAS, ikhlaskan Pas? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 31, 2009

Himpunan Penyokong PAS, ikhlaskan Pas?



Akhirnya, lepas lama tunggu, ada jugak perkembangan yang agak positif berkenaan Kelab Penyokong PAS. Walaupun bagi aku masa yang diambil terlalu lama, sekurang-kurangnya ada jugak perkembangan walaupun mungkin terlalu perlahan dan tak seperti yang ramai inginkan.

Cumanya bila baca temuramah harakahdaily macam yang kat bawah ni nampak macam Pas tak berapa nak ikhlas dalam isu ni. Bila aku baca temuramah tu aku nampak yang Pas macam 'terpaksa buat sesuatu' untuk nak bagi isu ni tak tibulkan masalah kalau ada pilihanraya dalam masa terdekat, nampak macam Pas buat sekadar untuk sekurang-kurangnya ada jawapan kalau isu ni 'panas' lagi lepas ni.

Mungkin ada kebenarannya bila Dr. Mujahid jangkakan masalah yang mungkin timbul bila Pas perlu buat pindaan Perlembagaan yang memerlukan kelulusan Pendaftar Pertubuhan yang mugkin akan ambik masa lama. Tapi cara Dr.ujahid sebut benda tu nampak macam Pas gunakan gunakan 'kebimbangan' tu sebagai alasan untuk takmau buat pindaan. Memang nampak tak ikhlas kat situ.

Apa masalahnya kalau Pas teruskan dengan kaedah mengujudkan 'Himpunan Penyokong PAS' seperti yang dicadangkan dan dalam masa yang sama teruskan jugak rancangan untuk buat pindaan kepada Perlembagaan untuk membentuk 'dewan' yang sah dan termaktub dalam perlembagaan, barulah nampak ada keikhlasan dalam tindakan Pas tu.

Sebenarnya isu Kelab Penyokong Pas ni bukan sangat berkaitan dengan isu keahlian. Memang ada isu disitu tapi sebenarnya isu tersebut bukan masalah utama sebenar. Masalah utama Kelab Penyokong Pas kepada Pas adalah masalah ada dikalangan pemimpin dan ahli PAS yang sebenarnya secara realiti belum bersedia dari segi mental dan kefahaman macamana nak berorganisasi dengan orang bukan Islam yang menyokong Pas ni.

Aku yakin masih banyak lagi kawasan-kawasan yang belum ada pun lagi Kelab Penyokong Pas. Kalau pun ada aku cukup yakin kebanyakkannya hanya ujud sekadar pada nama dengan beberapa individu tanpa apa-apa program dan kegiatan.

Tapi bila difikir dan direnung balik, apa sangat yang nak diharap dari Kelab Penyokong Pas. Takkan aku nak harap Kelab Penyokong Pas lebih aktif dari cawangan Pas sendiri yang banyak hidup cuma sekadar atas kertas dan semasa mesyuarat saja.


Kelab Penyokong PAS diiktiraf sebagai Dewan

Wan Nordin Wan Yaacob - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Dis: PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.
Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam  meneruskan sokongan kepada PAS.
Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu.
Ikuti bingkisan wawancara tersebut.

Soalan: Assalamualaikum Dr Mujahid, boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?

Dr Mujahid: Waalaikumsalam..Terima kasih kepada pihak Harakan, ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alior Setar.
Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang.
Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan.
Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.

Draf tersebut  telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir kita di peringkat pusat telah bersetuju dari segi dasar yang bagi saya hampir selesai, cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang iaiatu 10 Januari 2010.
Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi  sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi.

Soalan : Baik, DR bagaimanakan kedudukan penyokong yang menjadi ahli kelab ini, terutamanya dalam muktamar dan peranan dalam PAS?

Mujahid : Kita ada cuba elakkan terutamanya soal keahlian, jika mereka ini hendak dijadikan ahli penuh maknaya kita perlu meminda perlembagaan, di mana ia akan melibatkan pendaftar pertubuhan (ROS) dan pengalaman kita dalam berurusan dengan ROS ini sebenarnya jika nak hantar satu pindaan yang besar kerana melibatkan satu prinsip atau asas dalam perlembagaan ia akan mengambil masa lama untuk ROS luluskan.
Malah ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan.
Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu.
Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini kehalian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi.
Namun demikian status sebagai dewan perhimpunan ini tetap beri hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam.

Soalan : Adakah mereka juga ini ada hak untuk mengundi atau memilih perwakilan?

Dr Mujahid : Oleh kerana macam, saya kata sebentar tadi bahawa pindaan  perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk.
Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar, dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda, kita letak status mereka pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.

Soalan : Ada keperluan ubah pada masa akan datang?

Dr Mujahid : Kemungkinana besar ada keperluannya nanti kerana kita baharu dalam peringjkat awal, ia berpadanan dengan bersifat pemerhati rasmi sahaja, namun bila kita lihat adanya keperluan kita akan pinda lagilah.

Soalan : Apakah respons penyokong bukan Islam terhadap pembentukan dewan ini?

Dr Mujahid : Sudah tentulah sebelum ini mereka setia dengan Kelab Penyokong PAS (KPP), sudah tenti bila kita (PAS) mengiktiraf mereka jadi dewan dan ada undang-undang sendiri dan boleh hadir muktamar dan mesyuarat, saya rasa itu bagi mereka yang setia bersama KPP, ini satu perubahan besar mereka yakjin masa depan dengan PAS cerah.
Dan bagi mereka yang bukan penyokong, mereka akan dapat melihat ini satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja.

Soalan : Timbul persoalan, dalam menyentuh soal calon bagi Pilihan Raya Kecil mahupun Umum, adakah mereka dati kelab yang mahu menjadi calon ini boleh bertanding dengan lambang PAS, bagaimana Dr melihat ini, kerana ia pernah menjadi tuntutan KPP sebelum ini?

Dr Mujahid : Kalau kita tengok dalam draf undang0undang ini,  antaranya ada disebutkan mencalonkan ataupun mencadangkan calon-calon untuk pilihan raya apabila dikehendaki atau diminta PAS Pusat, maknanya potensi mereka jadi calon ada.
Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini.
Malah ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat samada untuk letak ditempat sesuai.
Draf juga menyebut mereka boleh beri calon kepada kita untuk kita pertimbangkan, mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi nak jadi calon untuk mereka ini sebagai tidak mustahil akan berlaku.
Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan dimana.Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik

Soalan: Dengan kekecamukan parti koponen BN seperti MIC, PPP dan MCA apakah peranan dewan ini dalam mendepani kemelut ini suapay sokongan bukan Islam akan terarah kepada PAS?.

Dr Mujahid : Peranan dewan ini besar walauun kini kita tumpukan soal penjelmaan dewan ini, ini bukan mudah insyaAllah akan kita selesaikan secepatnya.
Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku iaitu kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP kita di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita, tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian yang mana dalam kita alu-alukan kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS.
Kita dah siap modul untuk ahli-ahli masuk serap jadi dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalakan PAS.

Soalan : Adakah terbentuknya dewan ini, sokongan kepada PAS akan meningkat, atau rakyat hanya akan melihat ia satu perubahan politik semata?

Dr Mujahid : Sudah tentu meningkat, salah satu sebab mengapa ditubuhkan atau angkat jadi dewan ialah kerana aktivis kelab itu mereka rasa mereka mahu lebih dihargai dan berperanan dan mereka mahu jadi sebahagian dari kita dan seterusnya orang bukan ISlam ini bila lihat serap jadi dewan mereka lebih yakin dan bukan retorik kerana kita jadikan mereka sebahagian orgnaisasi kita, ini komitmen PAS yang begitu telus dalam garap persoalan bukan Islam ini.
Ini pengiktirafan besar, kita harap ia berkembang perkenalkan PAS bukan dari ,mulut orang Islam  tetapi mulut hukan Islam.

Saya juga ingin memesan, bahawa Lajnah Perpaduan Nasional mahu minta semua pengerusi lujnah negeri memberi kerjasama erat supaya usaha kelab di negeri masing-masing diberi perhatian dan disokong supaya mereka dapat diserap dengan licin dengan daftar keahlian dan struktur negeri yang lebih tersusun.
Beri kerjasama atas arahan Lunjah pastikan proses  ini berjalan lancar.



Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...