Mantik pasukan bola - bukan setakat kena menang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 08, 2009

Mantik pasukan bola - bukan setakat kena menang

"Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

"Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya. [bernama]


http://www.hijaukuning.com/v3/components/com_fpss/images/futsalPelikat.jpg
Sumber image : hijaukuning.com
Masalahnya kita bukan takat nak main game ni ja. Kita ada banyak lagi game kena main. Memang la penonton takdak kuasa nak pecat kepten, buang pengurus dan pemain.

Masalahnya selama ni yang banyak biaya pasukan kita kan ka penonton. Kalau penonton dah takmau masuk stadium, dah takmau beli tiket tengok game kita main mana lagi kita nak dapat duit?

Kalau penonton pun dah kurang, ingat penaja nak sponsor, kut yang fanatik sangat dengan pasukan kita ja la yang nak taja pun. Tu pun biasanya sponsor ciput, takat duit 'minyak urut' lepas la kut. Penaja besar mungkin lari ke pasukan lain, takpun terus lari ke game lain dari bolasepak, banyak lagi tempat depa boleh sponsor.

Nak jadi juara tournament macamana kalau nak main pun dan tak mampu. Bukan setakat gaji pemain tak boleh bayar, silap-silap jersi pun tak mampu beli. Takkan nak main bola pakai kasut selipar dengan kain pelikat kut. Lain la kalau kita main untuk 1Malaysia, habih takdak pun duit hadiah jumpak kotak pun boleh bagi kat kita.


Bukan maksud aku mesti kena pecat atau berenti. 'Keyword' dia kat situ adalah 'penonton tak suka'. Yang pentingnya kena bagi penonton suka. Kalau pecat kapten, buang pengurus dan pemain sekalipun tapi akhirnya penonton tetap tak suka nak buat apa!!! Tapi kalau sebaiknya ditukar, tukar aja dong.

Reka la kut mana pun, yang penting peminat setia bertambah ramai dan kemudian penajaan pun pasti akan makin banyak. Pemain pun boleh 'beli' yang terbaik,  jurulatih pun pilih yang hebat-hebat, gymnasium pun boleh buat canggih-canggih, masa tu takkan tak boleh menang tournament jugak. Kalau tahap tu pun tak jadi juara jugak maknanya memang takdak 'luck' laa. Nak buat macamana.



p/s.  Tapi kalau aku jadi penaja, tak kira hebat mana pun MU main, hebat mana pun kapten dia, walau sapa pun pengurus dia, namum kata nak sponser MU tidak sama sekali. Bukan setakat MU, yang nampak macam MU, bunyi macam MU pun, tambah-tambah lagi yang berlagak macam MU. Tambah pulak KJ pun minat dengan MU, lagi la meluat aku. Tapi walaupun ramai yang meluat dengan MU, kelab tu masih jugak antara yang terkaya di dunia dan paling banyak kelab penyokong diseluruh dunia dan selalu memang Liga Perdana Inggeris.  Hangpa rasa pasai apa?

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...