Jawatankuasa Disiplin Pas panggil Hassan Ali | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 01, 2009

Jawatankuasa Disiplin Pas panggil Hassan Ali

Sumber : abnmulya
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengenal pasti beberapa pihak, termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali untuk ‘membela’ diri berhubung tuduhan yang dibangkitkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Difahamkan, mesyuarat jawatankuasa berkenaan semalam juga meneliti beberapa dokumen yang diserahkan pelbagai pihak, termasuk rakaman percakapan pemimpin Pas tertentu dengan beberapa penulis blog. 

Tuan Ibrahim yang dihubungi Berita Minggu semalam, mengesahkan lima ahli jawatankuasa itu, termasuk beliau bertemu semalam dan mesyuarat berlangsung tiga jam bermula jam 10.30 pagi di ibu negara. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lokasi mesyuarat berkenaan.

“Jawatankuasa Disiplin sudah meneliti beberapa dokumen yang kita peroleh dan sudah mengenal pasti pihak yang akan dipanggil beri keterangan. 

“Kami akan menghantar surat kepada mereka yang terbabit dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi maklum balas dalam masa 14 hari. Setakat ini saja yang saya boleh beritahu,” katanya. [bharian
Pada aku tak kira la sapa pun Lembaga Disiplin tu nak panggil, aku harap yang dipanggil tu boleh bagi kerja sama penuh. Tak kira la sebagai tertuduh ka sebagai saksi. 

Lagi satu aku harap Ust Tuan Ibrahim dan jawatankuasa dia cukup kuat untuk panggil sapa saja yang berkenaan untuk bantu siasatan, termasuk jugak kalau perlu panggil Mursyidul Am adat Presiden sekali pun. 

Agak-agak hangpa Wak Banjari depa panggil dak? Bukan la sebagai tertuduh tapi sebagai saksi laaa....

Lagi satu, agak-agak kita yang "tak berapa nak berkenaan" ni ada peluang dak nak tau keputusan penuh hasil siasatan tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...