Draf Manifesto Pakatan Rakyat Perak PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 01, 2009

Draf Manifesto Pakatan Rakyat Perak PRU13

Pakatan Rakyat Perak dah bersedia dengan draf Menifesto untuk PRU 13


Sumber : Minda Kembara
Selain mengekalkan polisi semasa masih menguasai kerajaan dulu, PR jugak menjanjikan beberapa perkara baru untuk rakyat.
  1. Mengembalikan pilihanraya peringkat Kerajaan Tempatan yang dah dihentikan 44 tahun sejak 1965 yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.
  2. Menyediakan Tabung Kebajikan Negeri digandakan dari RM12 billion kepada RM24billion.
  3. Petugas mashid di Perak akan lebih diiktiraf dan kebajikan mereka akan diperbaiki.
  4. Untuk masyarakat India, Yayasan India Perak akan diujudkan dibawah Yayasan Perak dengan peruntukan RM5juta untuk membantu golongan miskin.
  5. Akan menambahbaik kebajikan untuk rakyat seperti diujudkan dana untuk ibu tunggal dan warga tua, biasiswa untuk pelajar yang memasuki universiti awam, peruntukan untuk rumah ibadat dan tanah perkuburan Hndu, Buggha dan Kristian selain dari Islam.
  6. Akan menggezetkan plot tanah untuk sekolah semua aliran di seluruh negeri untuk menyelesaikan masalah kelas yang terlalu padat di bandar.
  7. Akan melaburkan lebih RM500juta untuk menarik pelabur asing.
  8. Untuk mengurangkan beban kepada peniaga, PR akan mengamalkan polisi lesan tiga tahun percuma untuk semua peniaga dan enam bulan pengecualian sewa untuk gerai dari kerajaan tempatan.
  9. Selain itu Kerajaan PR juga akan antara lain memberikan taraf pegangan bebas dengan 80% diskaun keatas premium untuk semua 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru, taraf 99 tahun kepada tanah industri,
  10. Air percuma untuk golongan miskin tegar
  11. Memperbaiki sistem pengangkutan awam melalui pengubahsuaian lapangan terbang, sistem letak kereta "satu negeri satu kupon", untuk semua 15 kerajaan tempatan di Perak.
  12. Pilihanraya ketua kampung di semua 817 kampung Melayu dan 134 kampung baru.
  13. Peruntukan tetap 1,000ha tanah untuk sekolah agama.





Sumber : Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...