Dalam pada kita sibuk meneriakkan “BUBAR DUN! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 03, 2009

Dalam pada kita sibuk meneriakkan “BUBAR DUN!

Sumber gambar : sinarpru13
Andai kata keputusan Mahkamah tinggi pada hari Khamis ini mengenai kes DS Nizar menentang Zambry memihak kepada kita (PR), dan sebagaimana yang telah dirancangkan DS Nizar akan mengemukakan usul pembubaran DUN Perak kepada Sultan untuk memohon perkenan Sultan Perak.

Dan demi menghormati dan mengembalikan kuasa memilih Kerajaan Negeri kepada Rakyat dan menepikan segala imbuhan yang dikatakan telah diterima olehnya.. Sultan Perak mengizinkan pembubaran DUN Perak.

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya andaikata DUN benar-benar dibubarkan?

Dalam pada kita sibuk meneriakkan “BUBAR DUN!!”.. berapa kalikah Wakil Rakyat dari PR telah turun padang menemui dan menjenguk pengundi - pengundi yang telah melantik mereka menjadi Wakil Rakyat?

Banyak rungutan telah didengar mengatakan ada antara segelintir Wakil Rakyat dari PR tidak pernah menampakkan kelibat diri mereka di kawasan yang telah memilih mereka selepas kemenangan dalam semasa PRU12 yang lalu, ada juga yang mengatakan mereka selalu melihat wajah Wakil Rakyat mereka.. tetapi hanya pada Banner sahaja..
Mungkin kerana sibuk jadi mereka gagal untuk menjenguk kawasan mereka. Sibuk?? Kalau sekarang sibuk dijadikan alasan kenapa semasa kempen pilihanraya dulu mereka sanggup turun padang tak kira masa menemui pengundi?
Kalau mereka sibuk, kenapa tidak menghantar PA yang ada disekeliling mereka menjenguk kawasan mereka mewakili mereka?
Adakah pemimpin yang dilantik menjadi Wakil Rakyat ini masih ingat kepada pengundi – pengundi mereka atau telah terlupa kerana leka kerana hembusan dari penyaman udara di pejabat mereka? Leka kerana telah berkuasa…

Kerana kuasa mereka telah dikelilingi oleh juak-juak yang hanya pandai mengampu, juak-juak yang hanya menyampaikan perkhabaran yang indah-indah sahaja. Menafikan khabar derita masyarakat..

Dalam pada kita sibuk meneriakkan “BUBAR DUN!!”.. Berapa banyak rumah-rumah yang hampir roboh dibina semula dengan peruntukan yang sedia ada? Berapa ramai fakir miskin yang dibantu ketika hendak menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang lalu.

Berapa ramaikah pula Wakil Rakyat dari PR telah turun mendekati pengundi dari Masyarakat India semasa mereka meraikan Deepavali? Adakah kita mengulangi perbuatan BN terhadap mereka? Meminggirkan mereka setelah berkuasa?

Adakah pengundi-pengundi dari Masyarakat India telah dilupakan kerana mereka golongan minoriti? Adakah peruntukkan untuk mereka? Adakah mereka hanya diingat ketika Pilihanraya tiba? [+/- selanjutnya]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...