Akhirnya Pusat mengakui hak minyak rakyat Kelantan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 04, 2009

Akhirnya Pusat mengakui hak minyak rakyat Kelantan

Sumber gambar : TvAntara
Walaupun Najib bermati-matian dalam Parlimen tadi dengan dibantu Speaker mempertahankan 'istilah' Wang Ehsan dan bukannya Royalti, yan paling penting sekali, Kerajaan Pusat sebenarnya telah mengiktiraf hak minyak untuk Kelantan.

Bila Istilah Wang Ehsan digunakan sebenarnya Kerajaan Pusat bermaksudkan Royalti pasai masa Pas memerintah di Terengganu, istilah Wang Ehsan digunakan, bukan sebenarnya menafikan hak royalti tu tapi cuma nak mengubah kaedah penyaluran wang tersebut tidak melalui kerajaan negeri tetapi melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan membayar wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan pimpinan Pas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat menegaskan, kerajaan negeri itu tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Kata beliau, wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. - Utusan
Walau apa pun istilah yang akan digunakan dan apa juga cara saluran yang nak digunakan, yang pastinya rakyat Kelantan akan mula mendapat manfaat dari hasil bumi Kelantan yang selama ini dinafikan terus tanpa rasa malu atau rasa bersalah oleh Kerajaan Pusat.

Walaupun memang tak akan dapat memuaskan hati Kerajaan Kelantan selagi istilah royalti dan cara pengagihan yang sepatutnya digunapakai, aku yakin pemimpin Pas Kelantan sememangnya berasa sedikit puas. Apa yang depa perjuangkan selama ini membuahkan hasil, sekurang-kuangnya dapat mempercepatkan pembangunan untuk rakyat Kelantan.

Artikel berkenaan
  1. Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Media Pengiklanan Baru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...