Sidang Dun Perak 28 Okt : Najib pun Risau sama? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 19, 2009

Sidang Dun Perak 28 Okt : Najib pun Risau sama?

http://www.tvantara.com/v1/pic/section_mainnews/20090510124402_najib.jpgNampak gayanya bukan takat Zambry ja yang risau nak buat Sidang Dun Perak 28 Oktober ni, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno pun risau. Dia siap ingatkan wakil rakyat 'pembangkang' di Perak takdak sebab untuk menggangu perjalanan persidangan dewan undangan negeri (DUN) Perak yang dijadualkan berlangsung pada 28 Okt ini.

Hujjah dia "persidangan DUN itu dibuat mengikut peraturan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang sah di sisi undang-undang."

Kalau dah yakin sah disisi undang-undang nak takut apanya. Tambah pulak Kelab Penyokong BN macam polis dah tentu-tentu 'sedia berkhidmat'. Takkan sebelum ni boleh susun trak FRU depan Bangunan Perak Darul Ridzuan kali ni tak boleh kut.

Tapi yang aku heran dia pun macam tak berapa nak yakin dengan hujjah dia bila dia tambah
"Walaupun juga ada proses (undang-undang) yang belum selesai tetapi mesti hormati keluhuran perlembagaan negara dan ini sudah ditentukan,"
Yang lawaknya dia siap ingatkan wakil rakyat 'penbangkang' di Perak
"Jadi tidak ada sebab mengapa patut dilakukan sebarang gangguan atau perbuatan yang boleh menimbulkan satu keadaan yang tidak begitu baik dari segi pandangan umum terhadap politik di negeri Perak ini," [link]
Sejak bila pulak Najib ambik berat pasai pandangan umum terhadap politik di Perak. Takkan dia tak ingat yang dia sendiri punya kerja sampai sanggup rampas kuasa di Perak. Dia sendiri 'colek' 2 wakil rakyat PRK yang bermasalah dan akhirnya merampas kuasa dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat Perak melalui pilihanraya yang sah.

Kalau betui nak jaga mana baik politik di Perak patutnya Najib arahkan Zambry bubarkan DUN, bagi balik hak tentukan kerajaan kepada rakyat negeri Perak.

Kalau dah yakin sangat majoriti rakyat Malaysia setuju dengan gagasan 1 Malaysia yang dia bawak, bubarkan DUN Perak. Biar sokongan rakyat Perak jadi bukti.

Ada dia berani. Aku langsung tak yakin dia berani. Dan aku pun harap dia tak berani pasainya aku cukup tak yakin yang Pakatan Rakyat Perak sebenar-benarnya belum bersedia nak berpilihanraya, sekurang-kurangnya sampai habih tahun ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...