KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Maknanya takdak sapa pun yang sepatutnya tau keputusan sidang tu kecuali selepas didedahkan oleh Presiden Pas sendiri.
Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.
"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily. [harakahdaily]
Lagi satu, harakahdaily jugak melaporkan:
Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.Maknanya, takdak sapa yang patut tau sapa-sapa yang jadi anggota Lembaga Disiplin tu, kecuali mungkin kalangan yang hadir dalam Mesyuarat Khas tu kalau pemilihan ahli Lembaga Disiplin tu di buat dalam mesyuarat khas tu.
"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim. [harakahdaily]
Aku ambik faham dari kenyataan Ust Tuan Ibrahin tu, 2 benda tu adalah "Rahsia Parti", aku harap takdak sapa-sapa yang ada maklumat pasai benda tu, bocorkan kepada sesiapa pun.
Mungkin ada yang akan kata, "benda kecik macam tu pun nak heboh, nak jadi rahsia parti." Kecik atau besar bukan isu, isunya kat sini adalah amanah kepada parti.
Aku harap takdak yang bocorkan "rahsia kecik" ni terutama sekali dari kalangan Ajk Pas Pusat sendiri. Dan tentunya cukup teruk kalau didedahkan kepada bloggers walaupun bloggers yang mengaku sayangkan Pas sekali pun. Pasainya, kemungkinan nak tersebar adalah lebih tinggi.
Kalau "rahsia kecik" macam ni pun ada yang "tergedik-gedik" nak cerita kat orang, nak heran apa kalau "rahsia besar" pun bloggers Umno boleh dapat. Lepas tu marahkan bloggers, konon bloggers Pas memburukkan lagi keadaan, yang "bocorkan" rahsia tu kat bloggers apa cerita???