Pas mengharapkan orang macam Dr. Aziz Bari bagi wala'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 21, 2009

Pas mengharapkan orang macam Dr. Aziz Bari bagi wala'?


Aku sebenarnya sukit heran, pasai apa secara tiba-tiba Dr. Aziz Bari menghentam pimpinan tertinggi Pas. Pada hal sebelum ni dia antara tokoh akademik yang tanpa rasa takut naik pentas Pas.

Malah Dr. Aziz sebelum ni semacam jadi kepala kepada ahli akademik, secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama sangat keras mengkritik termasuk pimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional. Takkan dia saja-saja suka-suka nak bermusuh dengan pimpinan tinggi Pas.

Pada aku, Pas sepatutnya ambik pandangan Dr. Aziz Bari tu sebagai mewakili pandangan sebahagian golongan akademik terhadap Pas yang mungkin mewakili pandangan majoriti pengundi yang bencikan Umno BN.Mungkin depa dah sampai tahap 'meluat' dengan sikap sebahagian pimpinan Pas.

Aku suka petik ayat yang diguna dalam artikel tu:
Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka. [link]
Pada aku ayat tu cukup jelas dan terang, "dilihat pro-Umno."

Aku tambah terkejut bila baca jawapan balas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad. Ada hujjah atau 'jawapan' yang Ust Idris bagi, aku pun tak sanggup nak guna.
Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.[link]
Masalahnya orang-orang macam aku yang selalu ditanya di akar umbi. Bila pengundi yang ada potensi nak undi kita dalam PRU akan datang tanya kat aku, apa aku nak jawab. Takkan boleh senang-senang suruh depa yakin dengan pimpinan Pas kalau depa taktau apa yang pimpinan Pas buat untuk selesaikan masalah tu. Takkan nak suruh depa wala' sedangkan depa tu ahli Pas pun bukan.

Aku secara peribadi, sebagai ahli Pas memang bila pun, teringin sangat nak membela pimpinan Pas kalau ada yang bubuh lebel dengan label yang tak sesuai. Tapi masalahnya dalam isu ni, aku 'terpaksa' bersetuju dengan pandangan Dr. Aziz Bari, memang majoritinya terutama sekali di 'alam maya' melihat Ust Hadi, Ust Nasa, Dr. Hasan Ali dan beberapa lagi pimpinan tinggi Pas sebagai pro-Umno.

Betul ka dak soal lain, tapi dari apa yang secara meluas diperkata di alam maya, memang pandangan tu yang majoriti. Keadaan jadi tambah buruk bila Pas dilihat tak berjaya menangkis pandangan tu dengan berkesan. 

Aku memang kalau boleh nak jadi pembela pimpinan parti aku, tapi masalahnya dalam isu pro-Umno ni aku sampai hari ni aku tak dapat hujjah yang kuat yang boleh meyakinkan diri aku sendiri. Macamana aku nak berhujjah guna sesuatu hujjah kalau aku sendiri kurang yakin dengan hujjah tu.


Jadinya aku mintak sangat-sangat, mintak sangat-sangat  kepada pihak-pihak yang ada hujjah yang kuat, terutamanya di pihak pimpinan tinggi, tolong la bagi kat orang-orang macam aku. Aku yakin ada ramai orang Pas yang macam aku, yang mengharapkan ada hujjah yang cukup kuat untuk kami untuk kami hujjahkan dalam usaha nak bela pimpinan kami.

Kami-kami ni memang nak wala' dan memang bersedia untuk bagi wala' tapi tolong la ujudkan siqah' (kepercayaan orang terhadapnya). Pasainya apa yang aku paham, wala' akan hadir dengan adanya siqah'. tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.


Ataukah mungkin aku selama ni salah faham dengan terma 'siqah' macam yang disebuat di  sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...