Musa bidas blog pertikai polis gagal tangkap Petra | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 15, 2009

Musa bidas blog pertikai polis gagal tangkap Petra

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah. [link]
 Aku tak pasti Ketua Polis ni merujuk ke blog mana tapi bila baca berita tu nampak macam dia ni cakap kut sedap mulut dia ja. Langsung dia tak peduli cakap di tu bagi dia nampak 'bangang.' 

 Orang pertikai kredibiliti polis bukan pertikai pasai Raja Perta tak pi mahkamah. Apa la punya tahap polis Malaysia kalau kat mana Raja Petra ada pun depa taktau.
Ditanya sama ada Raja Petra masih berada di Malaysia, Musa menjawab: "Saya tidak tahulah".
 Tapi mungkin jugak la polis Malaysia ni memang teruk, Kalau polis Malaysia ni hebat dah tentu lama dah Ayah Pin kena tangkap.

Tapi kalau kes Bentong Kali boleh jadi rujukan, polis Malaysia memang hebat. Tapi tu dulu, masa tu KPN orang lain, mungkin jugak semenjak Musa Hasan jadi KP ni polis jadi teruk. Langsung tak boleh buat kerja.

Pasai tu la kut, boleh timbui cerita macam kat sini, sini, sini sini, sini dan banyak lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...