18 Nov PELUANG MENJANA PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU!
BOLEH BEKERJA PART TIME & TERUS DIRUMAH!
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!
www.zamrivemma.blogspot.com

Wednesday, October 21, 2009

Jom Kempen Daftar Pengundi Baru masa cuti Raya Haji

Ada sorang member aku dalam Facebook, tulis panjang bagi cadangan yang aku rasa elok aku kongsi kat dalam blog aku. Walaupun ada yang aku sikit berbeza pendapat tapi aku malas nak edit, jadinya aku publish seadanya.

_____________________________________________

Assalamualaikum.. Bro Cenangau, sorry lah kalau aku mengganggu, aku nak mintak kau buat sesuatu yg boleh menyedarkan Pas kawasan seluruh Perak yg masih seronok dgn kemenangan 2008.

Umno sekarang dah mendaftarkan puluhan ribu pengundi baru di Perak sahaja, PAS Perak buat apa, tuntut bubar DUN, tapi buat kerja mcm taknak menang, aku tak suka sgt nak hentam2 ni, tapi kalau mcm ni susahlah nak menang.

Cume kalau boleh cadangan aku, kau carilah sesiapa yg pandai grafik, buat risalah cantik2 lepas tu save dlm PDF, risalah tu utk kempen daftar Pemilih bagi negeri Perak, dlm risalah tu jgn bubuh lambang parti PR, bubuh lambang SPR ja.

risalah tu buat mcm iklan galakan daftar pemilih, tulislah mcm ni "anda sudah berumur 21 tahun atau keatas" "belum mendftar sebagai pemilih" "sila daftar di pejabat POS berhampiran" "balik mengundi dikampung sendiri" pandai2 le bro nak tambah2 tulis apa, yg penting bagi nampak risalah tu mudah, org muda baca bleh terus faham.

bila dah siap risalah tu, bagi kat DPP Perak, atau DPP kawasan, kawasan aku biar aku yg print dan bincang dgn pemuda sini. risalah tu kita bagi masa raya haji, masa tu org muda ramai balik kampung dan solat idul adha di Masjid, bincang dgn AMK cabang, buat kerjasama, satu masjid letak 5 - 6 org pemuda kawasan utk edar risalah masa org nak keluar dari masjid.

Tapi ditempat aku lebih elok jgn pakai baju perlambang parti, tempat bro saya x tau lah, poster atau risalah tu pun bubuh lambang SPR ja, cuma nak ajak org muda yg balik bercuti raya daftar mengundi di kampung halaman, sebab aku tau ramai org muda yg bekerja di luar tu sokong PR tapi masih tak mendaftar sebagai pengundi.

Layar Budi

_________________
Komen aku : Apa pandangan hangpa? Ada yang berani nak sambut?








Related Posts by Categories


3 comments:

Eyewitness said...

Salam.

PAS Perak melalui jentera pilihanraya dah lama arahkan kerja-kerja pendaftaran pemilih baru ini kepada Pas Kawasan-kawasan...sejak dulu lagi..dan kita memang pantau pertambahan pemilih baru setiap suku tahun...terima kasih atas cadangan tersebut.

Budak Ipoh Timor said...

mana dapat maklumat kata UMno dah daftar beribu² pengundi baru? melalui sangkaan atau fakta yop?

kalau kata SPR tolong daftarkan pengundi baru UMno tu leh kata betui la. Nak harap UMno ni buat keje, sampai sudah xkn buatnya.

Cenangau said...

Mengikut maklumat yang diterima umNo negeri telah bersedia menghadapi pilihanraya yang dituntut. Ketika PR melalak menuntut pilihanraya negeri, umNo buat perangai lembu kenyang. Kita menyangka mereka tak peduli, rupa rupanya mereka merancang dan bekerja. Sebahagian kita sibuk melalak mencabar tanpa kerja namun mereka membina kekuatan. Difahamkan dari senarai terbaru yang dipamerkan SPR, lebih kurang 50 ribu pengundi baru telah di daftar. Hebat!!! Maklumat PR menyatakan kita hanya mendaftar sekitar beberapa ratus orang melalui agen yang dilantik. Siapa yang mendaftar mereka... itulah kerja licik umNO dengan tangan SPR. - Blog DPP Perak

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.

Entry Terkini